Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Rasa Turun Menjunam” – Penumpang Kongsi Detik Cemas Dalam Pesawat, Selamat Mendarat Di Bintulu

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi tadi.

Penumpang kongsi detik cemas dalam kapal terbang

Menurut satu perkongsian di Facebook oleh pengguna bernama Abdul Jalil, kejadian tersebut adalah pertama kali berlaku sepanjang beliau menaiki kapal terbang.

Pesawat berkenaan dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Bintulu.

Berkongsi cerita, pada mulanya beliau menyangka pesawat berkenaan mengalami masalah apabila merasakan tiba-tiba turun menjunam sebelum pengumuman kecemasan dibuat oleh kapten.

Advertisement. Scroll to continue reading.
detik cemas

Foto: FB Abdul Jalil

“Saya rasa seolah-olah pesawat turun menjunam dan menyangka ada sesuatu yang berlaku.
“Sehingga Kapten pesawat memaklumkan emergency dan mengarahkan semua penumpang untuk memasangkan alat membantu penafasan yang secara automatik keluar dari ruang atas,” tulisnya.

Artikel lain: Wanita Sanggup Ulang-Alik Dari Penang Ke KL, Naik Kapal Terbang Pergi Kerja Setiap Hari

Tambah Abdul Jalil, insiden itu membuatkan beliau menyedari kepentingan mendengar taklimat keselamatan yang disampaikan oleh kru penerbangan sebelum pesawat berlepas.

“Kadang terasa tak perlu dengar taklimat keselamatan, tetapi apabila kecemasan berlaku kelam kabut nak pasang alat bantu penafasan,” katanya lagi.
detik cemas

Foto: FB Abdul Jalil

Menurutnya, keadaan kembali terkawal apabila pesawat berada pada paras ketinggian 10,000 kaki sebelum mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu pada jam 10.35 pagi.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan semua penumpang dilaporkan selamat.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah dalam daerah ini ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan serta penyebaran bahan lucah...

Sosial

Akibat kesempitan hidup, seorang bapa tunggal terpaksa membuat keputusan berat apabila menyerahkan tiga anaknya yang masih kecil ke rumah kebajikan di Perak. Bapa terpaksa...

Sosial

Seorang bapa hanya mampu menahan sebak apabila anak lelakinya yang berusia 14 tahun kini ditahan polis selepas disyaki menikam hingga mati seorang pelajar perempuan...

Lokal

Seorang wanita berusia 51 tahun cedera selepas terperangkap dalam runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang susulan ribut kuat yang melanda daerah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd