Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pensyarah UiTM Rupanya Hamil 3 Bulan! Maut Bukan Sebab Lemas, Tapi Pengsan Dalam Kolam – Rakan Mangsa

Seorang individu tampil menjelaskan kekeliruan berhubung kematian pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang, Allahyarhamah Nurhazwani Abd Halim, 34, yang dilaporkan meninggal dunia di kolam renang sebuah hotel di Chukai, Kemaman pada Sabtu.

Pensyarah UiTM maut bukan sebab lemas!

Pensyarah UiTM

Foto: Media sosial

Menurut Khalif Sidratul Muntaha yang mendakwa mengenali keluarga mangsa dan turut hadir di majlis pengebumian, penularan khabar angin yang mendakwa suami mangsa menjadi punca kematian adalah tidak benar.

“Saya rasa terpanggil untuk perbetulkan salah faham yang menyebabkan suami arwah difitnah netizen yang tidak tahu cerita sebenar. Ramai yang menuduh beliau sebagai suspek hanya kerana tajuk berita yang mengelirukan,” katanya dalam satu hantaran di Threads, hari ini.
Pensyarah UiTM

Foto: Threads

Dia menjelaskan, tajuk berita yang menyatakan “pensyarah wanita lemas dalam kolam renang hotel” tidak menggambarkan keadaan sebenar.

“Untuk rekod, arwah tidak mati lemas. Beliau sebenarnya pengsan secara tiba-tiba ketika berada di dalam kolam renang bersama suaminya. Arwah juga pandai berenang,” jelasnya.

Menurut Khalif, suami mangsa segera cuba menyelamatkan isterinya dan melakukan bantuan pernafasan (CPR), namun usaha itu tidak berjaya.

“Punca sebenar mungkin disebabkan kehilangan kesedaran secara tiba-tiba sama ada sawan, serangan jantung, atau ‘syncopal attack’. Namun apa yang pasti, bukan lemas seperti yang difahami ramai,” ujarnya.

Artikel lain: Wanita Pengsan Empat Kali Kehilangan Dua Anak, Dua Cucu Dalam Kemalangan

Dia turut meluahkan rasa kecewa terhadap laporan media yang disifatkannya sebagai mengelirukan dan menyebabkan suami mangsa berdepan kecaman serta tuduhan tidak berasas.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Pensyarah UiTM

Foto: Media sosial

“Betapa sedihnya suami yang baru kehilangan isterinya secara mengejut, kini menanggung pula fitnah dan tuduhan liar. Saya sendiri melihat betapa remuk hatinya,” katanya.

Khalif turut mendakwa bahawa Allahyarhamah sedang hamil tiga bulan ketika kejadian berlaku.

“Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Semoga suaminya diberi kekuatan menghadapi ujian yang berat ini,” doanya.

Bagaimanapun, seorang netizen @theotherjourneyyyy tampil membela pihak media dengan menjelaskan laporan itu sebenarnya berpandukan kenyataan rasmi polis.

Pensyarah UiTM

Foto: Threads

Netizen itu menjelaskan bahawa tajuk berita yang menggunakan frasa “lemas dalam kolam renang hotel” bukan rekaan media, sebaliknya berpunca daripada kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa dalam sidang akhbar.

“Maafkan saya tuan. Jika dirujuk pada sidang akhbar dari pihak polis, polis yang menyatakan ‘dia tiba-tiba disedari lemas oleh suaminya’. Wartawan hanya menulis berdasarkan sidang akhbar dari pihak polis,” tulisnya di ruangan komen hantaran tersebut.

Menurutnya lagi, kebanyakan portal berita menggunakan tajuk yang sama kerana berpandukan sumber dan kenyataan rasmi yang seragam.

“Sebab itu hampir semua media yang hadir sidang akhbar menggunakan tajuk yang sama. Jadi dalam hal ini, saya rasa pihak polis yang perlu betulkan kenyataan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan mangsa yang bertugas di Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang ditemui tidak sedarkan diri oleh suaminya di kolam renang hotel, kira-kira jam 5.30 petang.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebelum jenazah dibawa ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Pensyarah UiTM

Foto: Threads

Allahyarham kemudian selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi (Sungai Tangkas), Kajang malam tadi.

Sumber: Threads khalifsidratul

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Lokal

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali menyertai mana-mana majlis atau aktiviti yang melibatkan minuman keras,...

Sukan

Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melalui keputusan rasmi bertarikh FDD-24394 mendedahkan hasil siasatan terhadap dokumen kelahiran beberapa pemain yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak...

Sosial

Baru-baru ini tular seoarang lelaki mencuri perhatian ramai apabila mengulas berkenaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Semenanjung Gaza. Hanya sekadar lakonan Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd