Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kereta Dihempap Pokok Tumbang, Penolong Pegawai MAINS Maut

Seorang Penolong Pegawai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) maut selepas kenderaan dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian di Kampung Kuala Dioh, malam Selasa.

Penolong Pegawai MAINS meniggal di tempat kejadian

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa, Muhammad Nawawi Husin, 39, meninggal dunia di lokasi akibat tersepit dalam kereta jenis Perodua Viva yang dipandunya seorang diri.

Penolong Pegawai MAINS

Foto: Sinar Harian

Difahamkan, ketika kejadian berlaku, Allahyarham dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Senawang selepas selesai bertugas di pejabat MAINS daerah Jempol.

Artikel lain: Tamat Cuti Persekolahan, Ibu Maut Kemalangan Hantar Anak Ke Sekolah

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Pilah, PBK II (KUP) Razidi Samik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 10.52 malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pasukan tiba di lokasi empat minit kemudian dan mendapati benar berlaku kejadian pokok tumbang yang menghempap sebuah kereta. Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di tempat duduk pemandu sebelum berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO),” katanya.
Penolong Pegawai MAINS

Foto: Sinar Harian

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi menyelamat membabitkan tujuh anggota termasuk komander operasi dengan bantuan sebuah jentera FRT dan sebuah unit EMRS.

Dalam pada itu, pihak MAINS menerusi kenyataan di laman sosial rasminya turut memaklumkan berita pemergian Allahyarham serta menyifatkannya sebagai seorang pegawai berdedikasi yang sentiasa komited melaksanakan tanggungjawab.

Difahamkan, Penolong Pegawai tersebut  berulang-alik setiap hari dari rumahnya d Seremban ke tempat kerja di Jempol.

Penolong Pegawai MAINS

Foto: Sinar Harian

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin, mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, ketika kejadian, keadaan cuaca dilaporkan baik walaupun hujan berlaku pada hari sebelumnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd