Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Penjawat Awam Selangor Terima Bantuan Khas Kewangan Sempena Aidilfitri

Penjawat awam di Selangor akan terima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 sempena Aidilfitri.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata Bantuan Mahabbah Ramadan itu akan membabitkan impilkasi kewangan sebanyak RM45 juta dan akan disalurkan pada 8 April ini, lapor Harian Metro.

Penjawat awam Selangor terima Bantuan Khas Kewangan

Penjawat Awam Selangor Terima Bantuan Khas Kewangan

Foto: Harian Metro

“Sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri yang sedang berkhidmat di SUK (bangunan pentadbiran kerajaan negeri).
“Bantuan sama akan diterima dilebarkan penjawat awam kerajaan persekutuan yang berkhidmat di bawah SUK,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Mahabbah Ramadan Madani bersama penjawat awam di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada Jumaat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Wardah Meriahkan Bulan Ramadan Dengan Kempen ‘Teruskan Langkah Baikmu’

Kata Amirudin, penggerak masjid seperti nazir, imam, bilal, siak serta guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pula akan menerima bantuan berjumlah RM500.

“Kumpulan pemimpin masyarakat iaitu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), pegawai perhubungan perkampungan kampung baru, bagan, tersusun serta ketua komuniti India terima elaun sebulan.
“Turut menerima manfaat sama ialah penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Penggerak Belia Selangor,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Norzamira Che Noh)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Ibu kepada pendaki Allahyarham Mustaqqeem Mansor, Rohani Saad, 64, meluahkan rasa terkilan selepas anak sulungnya meninggal dunia akibat kesejukan melampau sebelum mayatnya ditemui di...

Lokal

Kes pembunuhan 2 beranak di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang terus menjadi tumpuan apabila suami kepada mangsa kini direman selama tujuh hari bagi membantu...

Sosial

Sebuah pergaduhan membabitkan lima wanita di sebuah taman perumahan di Bukit Gambir, Tangkak, tular di media sosial semalam, dengan penyodok sampah, penyapu dan gayung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd