Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Penjara Malaysia Semakin Sesak, Tidak Mampu Lagi Tampung Banduan

Penjara Malaysia Semakin Sesak,

Penjara di negara ini semakin sesak apabila seramai 87,000 banduan direkodkan berada di dalam tahanan bagi pelbagai kesalahan dan jenayah di Kuala Lumpur.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kadar muatan maksimum penjara di seluruh negara adalah seramai 74,000 tahanan.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha rentas agensi dan kementerian perlu dilakukan bagi mengatasi masalah itu berdasarkan angka terkini, jelas menunjukkan kapasiti penjara sudah melebihi 13,000 banduan.

Foto: Sabah Gazette

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Insya Allah kita akan membantu Jabatan Penjara Malaysia menyelesaikan masalah-masalah ini dengan beberapa pendekatan proaktif yang sudah dibentangkan di dalam mesyuarat sebentar tadi,” katanya semasa menyampaikan ucapan Majlis Peluncuran Dasar Sosial Negara (DSN) 2030 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian berucap pada Majlis Peluncuran Dasar Sosial Negara (DSN) 2030 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Isnin.

Beliau menegaskan, kerajaan tidak pernah memandang ringan permasalahan sosial yang berlaku di negara ini.

Foto: WilayahKu

“Saya baru selesai mempengerusi mesyuarat Majlis Sosial Negara dan kami sentiasa cari penyelesaian serta buat keputusan dasar mengenai hala tuju pembangunan sosial negara sambil menilai strategi yang sedang dilaksanakan.
“Isu kami bincangkan tidak terhenti dalam permasalahan sosial yang saya sebutkan di dalam ucapan ini, tetapi ia melangkaui permasalahan lain seperti pengurusan banduan rentan.
“Ini termasuk jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam talian, dasar perbankan buat orang kurang Upaya (OKU), pengurusan pelarian dalam negara dan keciciran murid sekolah menengah yang semakin merisaukan,” jelasnya.

DSN 2030 menetapkan sasaran untuk negara berada di kedudukan ke-25 dalam Indeks Pembangunan Manusia dan Indeks Persepsi Rasuah selain meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh ke 60 peratus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Bernama

Tambahnya, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memastikan rakyat terhindar dari pelbagai permasalahan sosial.

“Sambil memastikan rakyat menikmati peluang yang menjamin kehidupan bermaruah,” ujarnya.

Empat teras dasar sosial ini ialah keperluan asas, potensi diri, sistem sokongan dan tanggungjawab sosial.

Bagi memastikan kesemua objektif tercapai, kerajaan sedang melaksanakan 44 pelan tindakan utama berkaitan sosial melibatkan 19 kementerian dan agensi dengan pemantauan Majlis Sosial Negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia (Arif Aiman Asrol dan Nazim Syazwi)

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Thailand setelah berjaya memperoleh kejuaraaan berganda pada musim ini di...

Sosial

Video seorang anggota ATM fasih berborak dengan juruterbang pasukan Russian Knight menggunakan bahasa Rusia telah menarik perhatian ramai apabilakedua-duanya dilihat rancang berbual. Anggota ATM...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail (TMJ) menyindir cadangan segelintir pihak yang mahu memboikot saingan Liga Super musim depan susulan beberapa...

Sosial

Polis mengesahkan bahawa pemandu kereta Perodua Axia berwarna merah yang tular membawa muatan secara berbahaya di Jalan Dengkil–Banting semalam mengalami masalah jiwa. Ketua Polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd