Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Penghantar Makanan Dicekup, Menyamar Demi Jenayah Ragut

Tindakan pantas orang awam telah berjaya menghentikan cubaan melarikan diri seorang suspek dipercayai melakukan jenayah samun dan ragut di Malim, Melaka.

Suspek yang menggunakan modus operandi dengan menyamar sebagai penghantar makanan dipercayai merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an.

Penghantar makanan dicekup

Penghantar makanan dicekup

Berdasarkan video tular berdurasi 46 saat di platform X, memaparkan suspek berbaju hitam ditahan oleh beberapa individu juga bekerja sebagai penghantar makanan dalam membantu mengejar lelaki itu sebelum diserahkan kepada pihak polis yang datang ke lokasi kejadian.

Menurut maklumat awal, insiden tersebut berlaku bermula di kawasan Kipmall sebelum suspek dikejar sehingga ke kawasan Malim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penghantar makanan dicekup

Dalam pada itu, suspek dipercayai meletakkan sebuah beg jenama penghantar makanan pada motosikal yang ditunggangnya sebagai cara mengaburi kegiatan jenayah yang telah dilakukan.

Sementara itu, orang ramai turut menuai pujian terhadap tindakan pantas sekumpulan penghantar makanan terbabit yang bekerjasama memberkas suspek, dipercayai sudah aktif melakukan beberapa jenayah lain sebelum ini.

Penghantar makanan dicekup

Artikel lain: Kasihan Rider Makanan, Hanya Raih RM20 Sehari Gara2 Kempen Boikot

Untuk rekod, Ketua Polis Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit telah mengesahkan penagkapan suspek yang dipercayai terbabit dengan beberapa kes jenayah dan pihak polis akan mengeluarkan kenyataan media pada Khamis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: X MYNEWSHUB

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd