Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pengesahan DNA Rangka Hafiz Fauzan Dijangka Keluar Seawal Minggu Depan – Polis

Polis sahkan penemuan orang awam di celah pokok dalam kebun durian di Jalan Yong Peng-Muar bersebelahan Kompleks Penghulu pada Isnin merupakan rangka manusia dan dipercayai milik Hafiz Fauzan.

Memetik laporan Harian Metro, sama ada rangka tersebut milik pelajar yang hilang sejak sebulan lalu, Hafiz akan diketahui seawal minggu depan selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan Jabatan Kimia.

Pengesahan DNA rangka Hafiz Fauzan mungkin keluar minggu depan

Foto: mStar

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata mangsa dipercayai meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, motosikal pelajar berusia 17 tahun itu yang ditunggang mangsa dipercayai terbabas ke tepi jalan dan melanggar tiang elektrik berdekatan.

“Mangsa kemudian terhumban dalam semak agak curam di dalam kebun durian terbabit. Ia berdasarkan kesan kerosakan pada motosikal digunakan mangsa yang ditemui di lokasi terbabit.
“Rangka terbabit ditemui bersama pakaian, dokumen dan juga barang peribadi mangsa. Setakat ini, dokumen dan barangan dijumpai di tempat kejadian sudah dicamkan ahli keluarga sebagai milik mangsa yang dilaporkan hilang sejak 26 Mei lalu.
“Pengesahan siasatan berhubung kehilangan mangsa pernah disiarkan melalui siaran media pada 28 Mei. Namun, ia belum disahkan secara siasatan forensik atau saintifik ataupun berdasarkan undang-undang,” katanya.

Foto: Harian Metro

Dalam pada itu, Shahrulanuar Mushaddat memaklumkan pengesahan itu itu dilakukan berdasarkan beberapa dokumen peribadi mangsa yang kemudian turut diakui ahli keluarga Hafiz selepas rangka itu ditemui pada 11.15 pagi Isnin.

Sementara itu, Shahrulanuar Mushaddat turut menyatakan pihak polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa yang sama, Bahagian Siasatan Jenayah turut menjalankan siasatain bagi memeriksa sekiranya wujud unsur lain yang menyebabkan kematian mangsa.

“Pengesahan rasmi identiti rangka manusia itu ditemui akan disahkan selepas laporan DNA (ujian asid deoksiribonukleik) diperoleh daripada Jabatan Kimia.
“Polis juga memohon kerjasama orang ramai mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-221299 atay IPD Batu Pahat 07-4343999,” ujarnya.

Foto: Sinar Harian

Terdahulu, rangka manusia ditemui bersama sebuah motosikal hampir sama digunakan Hafiz Fauzan berdasarkan nombor pendaftaran seperti mana dihebohkan ahli keluarganya di media sosial selepas kehilangannya.

Turut ditemui jaket dan juga topi keledar dipercayai digunakan mangsa yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Parit Raja (SMAPR) ketika keluar rumah pada malam 25 Mei lalu, untuk menonton bola sepak bersama rakannya di Parit Ju, Tongkang Pechah.

Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita yang juga merupakan isteri dengan tenang terjah suami sedang dating dan berlaku curang terhadapnya pada...

Lokal

Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi, Shahrul Rizal Majid menasihati ‘Miza Ozawa’ yang menjalankan aktiviti persundalan menerusi aplikasi Telegram supaya pulang ke kampung dan...

Lokal

Pakar penyakit ginjal kronik, Prof. Dr. Ab Aziz Al-Safi Ismail telah menerima sijil daripada Asia Book of Records atas pencapaiannya merawat jumlah pesakit penyakit...

Lokal

Lelaki yang tular kerana pukul isteri selepas didakwa kantoi curang di sebuah hotel di Port Dickson dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Port Dickson pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd