Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Pengapungan Harga RON95 Dan Diesel Boleh Jimatkan RM29 Billion Subsidi Kerajaan

Hong Leong Investment Bank (HLIB) memberitahu bahawa pengapungan harga RON95 dan diesel mengikut harga pasaran boleh menjimatkan subsidi bahan api kerajaan sebanyak RM29 bilion.

Menurut laporan Berita Harian, HLIB berkata harga dijangka meningkat sebanyak 64 peratus bagi RON95 dan 61 peratus bagi diesel.

“Setakat 20 Mac 2024, RON95 berada pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter,” katanya.

Foto: Berita Harian

HLIB berkata dengan ketiadaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), pembaharuan subsidi lebih penting jika sasaran defisit fiskal Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 ingin dicapai.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami membayangkan ini membabitkan bahan api diapungkan ke harga pasaran dan pada masa sama, memberi bantuan tunai kepada mereka yang telah dikenal pasti sebagai kumpulan sasaran dalam Pangkalan Data Utama (PADU).
“Langkah pengapungan (harga) bahan api akan membantu mengurangkan defisit fiskal tetapi memberi tekanan ke atas inflasi,” ujarnya.

HLIB turut memaklumkan langkah itu boleh mengurangkan defisit fiskal yang asalnya -4.3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar kepada -2.8 peratus mengikut sasaran 2024 kerajaan.

“Subsidi dan bantuan sosial (S&SA) di Malaysia telah meningkat hampir tiga kali ganda daripada RM23 bilion pada 2010 kepada jangkaan RM64 bilion pada 2023,” tambahnya lagi.

Foto: Banks Power

Sementara itu, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2022, Putrajaya membelanjakan RM55 bilion untuk subsidi dalam tempoh tahun tersebut dan berlaku peningkatan 322 peratus dari tahun ke tahun.

“Bahagian terbesar, sebanyak 82 peratus datang daripada produk petroleum, terutamanya RON95 dan diesel,” katanya.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli juga berkata, kerajaan akan melancarkan subsidi bersasar bagi penggunaan RON95 pada separuh kedua 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Subsidi bersasar untuk petrol dan diesel akan dilaksanakan menggunakan tiga mekanisme iaitu pendapatan boleh guna bersih individu iaitu pendapatan isi rumah boleh guna bersih melalui perlindungan sosial atau skim bantuan dan gabungan pendapatan isi rumah dan individu, yang akan dilaksanakan menggunakan kad subsidi,” kata beliau.

Struktur subsidi bahan api semasa tidak mencapai tahap yang betul kerana T20 menikmati 35 peratus daripadanya berbanding hanya 24 peratus oleh B40.

Sumber: Berita Harian

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah dalam daerah ini ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan serta penyebaran bahan lucah...

Sosial

Akibat kesempitan hidup, seorang bapa tunggal terpaksa membuat keputusan berat apabila menyerahkan tiga anaknya yang masih kecil ke rumah kebajikan di Perak. Bapa terpaksa...

Sosial

Seorang bapa hanya mampu menahan sebak apabila anak lelakinya yang berusia 14 tahun kini ditahan polis selepas disyaki menikam hingga mati seorang pelajar perempuan...

Lokal

Seorang wanita berusia 51 tahun cedera selepas terperangkap dalam runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang susulan ribut kuat yang melanda daerah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd