Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Pengakuan Anwar Terhadap Titah Adendum Boleh Cetus Konflik Perlembagaan – PAS

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengatakan pengakuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap titah adendum berkaitan bekas Perdana Menteri Najib Razak boleh mencetuskan konflik undang-undang dan perlembagaan.

“Pengakuan Anwar boleh mencetuskan konflik” – Takiyuddin

boleh mencetuskan konflik

Foto: Utusan Malaysia

Menurut laporan malaysiakini, Takiyuddin berkata, pengakuan Anwar itu juga menimbulkan persoalan besar terhadap kelayakannya untuk kekal sebagai ketua dan pemimpin kerajaan.

“PAS mendapati penjelasan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bukan sahaja lemah dan mengelirukan, tetapi berpotensi mencetus konflik undang-undang dan krisis Perlembagaan, selain menghakis keabsahan kerajaan pimpinannya sendiri,” kata Takiyuddin dalam satu kenyataan malam tadi.

Anwar ebelum ini mengakui bahawa peguam negara telah menerima titah tambahan daripada Yang di-Pertuan Agong terdahulu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang membolehkan Najib menjalani tahanan rumah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Titah adendum tersebut merupakan tambahan kepada keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman penjara dan denda Najib dalam kes SRC International.

“Penjelasan Anwar berhubung tindakan Peguam Negara menyerahkan titah berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17 (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) untuk tindakan lanjut kerana kedudukan baginda sebagai pengerusi Lembaga Pengampunan berikutnya pula mendedahkan kerajaan kepada konflik undang-undang dan Perlembagaan berikutan tiadanya peruntukan undang-undang yang membenarkannya.

Artikel lain: Titah Adendum: Fitnah PM? AMK Pahang Buat Laporan Terhadap Pemimpin PN

“Semasa titah itu dibuat, Yang di-Pertuan Agong ke-16 masih bertakhta dan titah baginda mesti dilaksanakan sepenuhnya kerana kegagalan berbuat demikian boleh diistilahkan sebagai perbuatan derhaka terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong dan konsep Raja Berperlembagaan,” tambahnya.

Beliau memetik kes Superintendent of Pudu Prison lwn Sim Kie Chon (1986) dan kes Karpal Singh lwn Sultan Selangor (1988) yang memutuskan bahawa Lembaga Pengampunan hanyalah badan penasihat dan Agong tidak wajib mengikuti nasihat tersebut.

“PAS percaya kesemua kelemahan, kecelaruan dan kecamuk undang-undang yang berlaku dan berpotensi berlaku di bawah kepimpinan Perdana Menteri berhubung isu ini, terdedahnya kerajaan kepada tindakan undang-undang oleh pihak-pihak yang berkepentingan, selain sikap sambil lewa dan berlepas tangan beliau dalam menanganinya sejak awal, menimbulkan persoalan besar terhadap kelayakannya untuk kekal sebagai ketua dan pemimpin kerajaan.
“Kegagalan Anwar ini juga akan mengheret negara dan masyarakat ke dalam konflik serta polemik tidak berkesudahan yang mahu dihindari dan menjadi asas serta justifikasi kepada pembentukan ‘kerajaan perpaduan’ hari ini yang didakwa atas saranan Yang di-Pertuan Agong ke-16 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 lebih dua tahun lepas,” katanya.

Sumber: malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Drama kehilangan seorang lelaki yang juga dikenali sebagai pempengaruh permotoran akhirnya terbongkar apabila polis mendedahkan ia hanyalah helah untuk melarikan diri ke luar negara....

Sosial

Pempengaruh yang terkenal dengan konten-konten resepi masakan, Che Nom luah sedih dan kecewa menerusi satu perkongsian yang menyentuh hati. Che Nom luah sedih, niat...

Sosial

Sebuah video menyentuh perasaan yang dimuat naik di TikTok meraih perhatian ramai apabila memaparkan momen mengharukan dua kanak-kanak perempuan menolak kerusi roda yang dinaiki...

Sosial

Seorang pelajar jurusan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bertindak berani apabila terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan seorang remaja perempuan yang cuba keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd