Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Penerbit, Pengarah Mentega Terbang Mengaku Tidak Bersalah Luka Perasaan Agama Lain

Penerbit dan pengarah filem kontroversi Mentega Terbang mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan melukakan perasaan agama lain menerusi karya tersebut.

Memetik laporan Kosmo!, pengarah filem itu, Mohd. Khairianwar Jailani dan penerbitnya, Tan Meng Keng membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Penerbit Pengarah Mentega Terbang Mengaku Tidak Bersalah

Foto: Malaysiakini

Mengikut pertuduhan, selaku pengarah, penulis skrip dan penerbit filem Mentega Terbang, kedua-dua tertuduh didakwa dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berikutan itu, pertuduhan dikemukan mengikut seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum setahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Artikel lain: Bill Gates Yakin AI Mampu Ubah Kehidupan Manusia Dalam Tempoh 5 Tahun

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam N. Surandran dan Zaid Malik manakala pendakwaan pula dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling dan Abdul Malek Ayob.

Penerbit dan pengarah Mentega Terbang mengaku tidak bersalah

Penerbit Pengarah Mentega Terbang Mengaku Tidak Bersalah

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh Mohd. Khairianwar diikat jamin RM6,000 manakala Meng Kheng pula RM6,500.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd. Khairianwar dikenakan syarat tambahan melapor diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan namun Meng Kheng tidak dikenakan syarat itu.

Kedua-dua tertuduh dikenakan syarat dilarang memberikan apa-apa kenyataan berkaitan kes yang dipertuduh sehingga kes dilupuskan.

Mahkamah telah menetapkan 14 Mac sebagai sebutan semula kes.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan warta perintah larangan terhadap penayangan filem Mentega Terbang di seluruh negara pada 1 September lalu.

Sumber: Kosmo! Online (NuzulSham Shamshuddin)

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Keputusan seorang ibu berbangsa Cina, Zhu Er Chan untuk menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukanlah perkara yang asing, memandangkan terdapat...

Dunia

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web...

Sosial

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyuarakan kebimbangan serius berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap beberapa aktivis yang mendedah dan mempersoal aktiviti pencerobohan tanah serta pembinaan...

Dunia

Seorang bekas rakyat Malaysia yang kini menjadi warganegara Singapura dan bekerja sebagai pemandu kenderaan persendirian (PHV) meluahkan rasa menyesal apabila dikatakan terpaksa bekerja selagi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd