Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pencipta Famous Amos Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun

Pencipta biskut berjenama terkemuka antarabangsa, Famous Amos iaitu Wallace Amos Jr meninggal dunia pada usia 88 tahun di kediamanannya di Honululu.

Memetik laporan United Press International, anak Amos iaitu  Shawn dan Sarah Amos memberitahu kepada media beliau menghembuskan nafas pada Selasa akibat komplikasi demensia.

Pencipta Famous Amos meninggal dunia

Selain Shawn dan Sarah, Amos juga mempunyai dua anak lain iaitu Gregory dan Micheal disamping turut meninggalkan isterinya yang berusia 45 tahun iaitu Christine Harris Amos.

Sekadar info, Amos dilahirkan di Tallahassee pada tahun 1936 dan membesar bersama mak ciknya di bandar New York dan berkhidmat sebagai tentera udara sekitar tahun 1954 sehingga 1957 selepas berhenti dari sekolah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Amos kemudian mengambil General Educational Development Test (GED) kemudian bekerja di bilik surat-menyurat di agensi William Morris di Los Angeles.

Wallace akhirnya mengetuai jabatan rock ‘n’ roll agensi tersebut dan menandatangani kontrak dengan dua terkenal, Simon dan Garfunkel.

Sementara itu, Amos seringkali membakar biskut cip coklat mengikut resepi mak ciknya sebagai ‘hobi untuk melegakan tekanan’ semasa bekerja di William Morris.

Amos melancarkan kedai pertama Famous Amos di Los Angeles dengan bantuan pelabur selebriti Marvin Gaye dan Helen Reddy yang menyumbangkan $25,000 (RM110,900).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Famous Amos berjaya menjual produk buatan sendiri tanpa bahan pengawet bernilai $300,000 (RM1,330,800) pada tahun pertamanya, yang dibungkus dengan imej Wally Amos memakai topi Panama dan baju kapas bersulam.

Tujuh tahun kemudian, syarikat biskut itu berjaya menghasilkan $12 juta (RM53,232,000) dan penjualannya berkembang ke seluruh negara.

Sepanjang hidupnya, Amos telah menulis beberapa buku tentang kehidupannya, termasuklah Man With No Name dan The Famous Amos Story: The Face That Launched 1,000 Chips.

Sumber: United Press International

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Lokal

Suasana di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu hari ini menjadi tumpuan apabila prosiding pertuduhan lima remaja di Mahkamah Kanak-Kanak berlangsung susulan kes kematian Allahyarhamah Zara...

Sosial

Seorang pempengaruh terkenal dengan lebih 700,000 pengikut baru-baru ini menjadi tumpuan kritikan selepas menggelarkan anak perempuannya, Rania, sebagai ‘mini wife’. Meninjau di platform Threads,...

Sosial

Gong Badak kembali menjadi tumpuan apabila perhimpunan permotoran RXZ Member edisi ketujuh berlangsung hari ini hingga Sabtu, menghimpunkan ribuan pemilik serta peminat Yamaha RXZ...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd