Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pemegang Baharu Kunci Kaabah, Abdul Wahhab Al-Shaibi Dilantik Isnin Lalu

Kerajaan Arab Saudi (KSA) dilapor mengumumkan pelantikan Abdul Wahab bin Zain Al Abidin Al Shaibi sebagai ketua pemegang kunci Kaabah yang baharu bagi menggantikan Sheikh Saleh Al Shaibi yang meninggal dunia.

Menurut satu laporan Harian Metro, beliau merupakan yang ke-78 dalam ahli keluarganya mengambil alih tanggungjawab secara tradisi itu selain menjadi pemegang kunci Kaabah bagi kali ke-110 sejak era Qusay ibn Kilab.

Foto: X @S_ahmg

“Upacara penyerahan kunci Kaabah dan Maqam Ibrahim (maqam-e-Ibrahim) kepada Abdul Wahab bin Zain Al Abidin, diadakan pada Isnin lalu,” katanya seperti dipetik portal Siasat Daily.

Turut dilaporkan bahawa cucu kepada Syaibah bin Uthman bin Abi Thalhah tersebut diberi tanggungjawab membuka dan menutup pintu Kaabah selain membersihkan, mencuci, membaiki Kiswah, dan mengalu-alukan pengunjung yang hadir.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Keluarga Al-Shaibi memegang penghormatan ini sejak Nabi Muhammad SAW menyerahkan kunci Kaabah kepada Uthman ibn Talha,” ujar laporan itu lagi.

Foto: Khaleej Times

Terdahulu, pemegang kunci Kabaah untuk kali ke-109, iaitu Syeikh Saleh Al-Shaibi dilaporkan meninggal dunia pada usia 79 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Pemakaman Al Moalla, Mekah setelah disolatkan di Masjidil Haram.

Untuk makluman, Saleh Al-Shaibi sebelum ini dilantik sebagai ketua pemegang kunci Kaabah selepas bapa saudaranya Abdulqader Taha Al-Shaibi meninggal dunia pada 2013.

Sumber: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Lokal

Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas disyaki menikam rakan sekolahnya, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian di sebuah sekolah...

Lokal

Seorang pengawal keselamatan sekolah bersama teman lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas dakwaan mencabul seorang murid perempuan di sebuah sekolah di...

Lokal

Seorang pelajar perempuan tingkatan 4 di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya meninggal dunia selepas ditikam seorang pelajar lelaki, pada pagi tadi. Menurut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd