Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Terpaksa Masuk Ikut Bonet, Pemandu Kecewa Kereta Dihimpit Ambulans Di Hospital

Seorang lelaki meluahkan rasa kesal selepas mendakwa kereta Perodua Axia miliknya dihimpit dua ambulans di kawasan parkir Hospital Seberang Jaya sehingga tidak dapat dikeluarkan, dalam satu kejadian yang tular di media sosial.

Pemandu kecewa kereta dihimpit ambulans

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok oleh pengguna akaun @zahidchuaop, lelaki tersebut menjelaskan bahawa kejadian berlaku ketika dia datang untuk mengambil isterinya yang dibenarkan keluar hospital di Zon Kuning, sambil membawa anaknya berusia enam tahun.

dihimpit ambulans

Menurutnya ketika tiba di lokasi, dia tidak menyedari kawasan parkir itu dikhaskan untuk ambulans kerana tiada papan tanda atau notis larangan parkir dipaparkan berhampiran tempat tersebut.

Tambahan pula katanya, terdapat juga kenderaan lain turut diletakkan bersebelahan ketika itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ya, saya salah parking. Tapi bukan begini caranya nak ajar orang. Tak ada papan tanda tulis untuk ambulans sahaja, dan masa saya sampai pun ada kereta lain parking sebelah,” katanya dalam nada kecewa pada Rabu.

dihimpit ambulans

Namun selepas beberapa ketika, dia mendapati dua ambulans telah diletakkan rapat di kedua-dua sisi kenderaan sekali gus menyebabkan keretanya tidak dapat digerakkan langsung.

“Saya pergi tanya dekat bahagian pemandu (ambulans), tapi mereka kata semua pemandu dah balik, malam baru datang ambil. Saya pun terfikir, kalau ada kes kecemasan, macam mana ambulans nak gerak?,” ujarnya lagi.

Artikel lain: Kejar Ambulans Bawa Neneknya, Pemandu Bezza Langgar Lampu Isyarat Rempuh 4 Kenderaan

Katanya lebih mengecewakan, semasa mencuba masuk ke dalam kereta melalui bonet belakang, dia mendakwa terdengar gelak tawa daripada individu berhampiran lokasi yang disifatkannya sebagai tidak beretika.

“Itu yang paling sakit hati. Dah lah kereta saya kena himpit, lepas tu orang boleh pula ketawa,” luahnya.

Perkongsian video berkenaan yang menunjukkan keadaan keretanya diapit dua ambulans telah meraih hampir 500,000 tontonan dan pelbagai reaksi daripada warganet.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebahagian besar menyifatkan lelaki itu sendiri perlu bertanggungjawab, memandangkan kawasan berhampiran Zon Kuning biasanya dikhaskan untuk kegunaan kecemasan dan ambulans.

Difahamkan setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pihak Hospital Seberang Jaya mengenai insiden terbabit.

Sumber: TikTok @zahidchuaop

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila didakwa diganggu seorang lelaki separuh bogel yang melakukan perbuatan lucah di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat...

Sukan

Mahkamah Timbang Tara Sukan, Court of Arbitration for Sport (CAS) memutuskan tujuh pemain warisan negara dikenakan penggantungan selama 12 bulan, namun larangan itu hanya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd