Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pelumba Jepun Ada Mesej Shah Firdaus – “Saya Ingat Orang Malaysia Baik-Baik Belaka”

Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom meluahkan rasa kesal terhadap tindakan ‘tentera bawang’ Malaysia yang menyerang akaun media sosial pelumba dari Jepun iaitu Shinji Nakano.

Menerusi laporan Berita Harian, Shah Firdaus menganggap tindakan tersebut sebagai sesuatu yang memalukan apatah lagi hubungannya dengan Nakano cukup baik.

Foto: Media Sosial

“Malam semalam (Isnin) dia mesej saya – ‘Saya ingat orang Malaysia baik-baik belaka’. Dia kata kena serang (di akaun media sosialnya). Saya pun tak tahu, apabila saya tengok, sudah berpuluh ribu komen.
“Saya harap netizen berhenti sebab perkara itu menjejaskan kami juga. Perkara itu memang berlaku (perlanggaran), ada ‘body contact’ dan itu biasa dalam keirin dan sebenarnya dia tak berniat nak ‘hentam’ saya, itu sebab ‘G-force’.
“Bila ada ‘body contact’, ‘G-force’ itu nampak seperti dia naik tetapi dalam keirin benda itu biasa, tinggal jatuh atau tidak sahaja,” katanya.

Foto: Facebook Majlis Sukan Negara

Advertisement. Scroll to continue reading.

Alet berusia 29 tahun itu berkata, Nakano turut meluahkan rasa kesal terhadap rakyat Malaysia selain memberitahu akaun Tiktok berkenaan bukanlah miliknya.

“Itu bukan TikTok dia (Nakano), dia cakap perkara itu dengan saya. Tapi saya dengan dia tak ada masalah.
“Yang buat saya terasa, dia ingat orang Malaysia baik-baik sebab saya baik dengan dia. Kalau saya ke Jepun, dia bawa saya jalan semua. Bila dia berasa begitu, saya rasa serba salah.

Foto: Berita Harian

“Dia mesej saya, dia ingat rakyat Malaysia baik-baik, saya macam malunya,” ujarnya.

Terdahulu pada perlumbaan final acara keirin di Sukan Olimpik Paris, rata-rata netizen menganggap Nakano menjadi punca perlanggaran yang menyebabkan Shah Firdaus berada di kedudukan keenam.

Sumber: Berita Harian (Sukhairi Thani)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Sukan

Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin umum bertunang dengan bekas pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, pada Rabu. Berita gembira itu dikongsikan...

Sosial

Dek penangan kuasa viral, biskut raya air tangan penghuni penjara di Galeri Produk My Pride, Kompleks Penjara Kajang telah mendapat sambutan luar biasa sejak...

Lokal

Pemergian Prebet Muhammad Muqriz Aseri, yang meninggal dunia pada Isnin lalu meninggalkan kesan mendalam kepada keluarganya. Menurut laporan Bernama, ibu Allahyarham, Nor Azlina Zambri,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd