Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelatih PERHEBAT Rangkul Juara Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian Automotif. Keempat-empat pelatih tersebut adalah bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini mengikuti kursus Usahawan Mengecat Kenderaan dalam program Latihan Peralihan PERHEBAT.

Juara Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia

Menurut Ketua Pengarah PERHEBAT, Dato’ Ts. Amir Md Noor, kejayaan ini menunjukkan tahap kemahiran tinggi pengajar dan pelatih PERHEBAT dalam bidang perincian kenderaan (auto detailing), yang mempunyai nilai komersial tinggi dalam pasaran automotif tempatan.

“Pencapaian ini membuktikan bahawa kemahiran dan disiplin yang diterapkan dalam latihan kami mampu bersaing di peringkat antarabangsa,” kata beliau.

Kemenangan ini menewaskan 29 peserta dari negara-negara seperti India, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Pertandingan yang dianjurkan oleh Samurai Paint berlangsung selama tiga hari, dari 6 hingga 8 Februari 2026, bertempat di Sireh Park, Johor Bahru.

Menariknya, pasukan PERHEBAT menggunakan jentera ikonik negara, Proton Saga, yang membawa mereka meraih Tempat Pertama serta hadiah wang tunai berjumlah RM2,500. Acara ini turut mencatat rekod rasmi ASIA Records dan ASEAN Records dalam kategori Jumlah Tertinggi Mengecat Badan Kereta Penuh dengan Aerosol dalam Satu Acara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Screenshot

Pengiktirafan ini menegaskan bahawa teknologi aerosol bukan sahaja dapat menghasilkan kemasan badan kereta yang tahan lama dan profesional, malah lebih mudah diakses oleh pengguna.

Di bawah pimpinan pengajar Nur Aizan Kamaruddin, peserta PERHEBAT berjaya menyempurnakan cabaran mengecat kereta menggunakan 100% aplikasi aerosol dalam tempoh 72 jam.

Cabaran ini menguji kemahiran mereka dalam pengurusan aliran kerja praktikal, ketepatan warna, konsistensi dan kecekapan aplikasi di luar persekitaran bengkel tradisional.

Kejayaan ini adalah hasil daripada inisiatif Kerjaya Kedua Perwira oleh PERHEBAT, yang bertujuan memperkukuh kerjasama dengan industri bagi menyediakan latihan berimpak tinggi dan peluang pekerjaan bernilai tinggi untuk veteran tentera.

Langkah ini selaras dengan Pelan Transformasi PERHEBAT 2026–2035, yang berhasrat menjadikan bakal pesara ATM dan veteran sebagai penggerak ekonomi dan tenaga kerja berkualiti tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila didakwa diganggu seorang lelaki separuh bogel yang melakukan perbuatan lucah di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat...

Sukan

Mahkamah Timbang Tara Sukan, Court of Arbitration for Sport (CAS) memutuskan tujuh pemain warisan negara dikenakan penggantungan selama 12 bulan, namun larangan itu hanya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd