Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar Tular Tumbuk Guru Tukar Pengakuan Tidak Bersalah

Seorang remaja berusia 14 tahun yang sebelum ini tular kerana menumbuk gurunya, menukar pengakuan kepada tidak bersalah ketika hadir di Mahkamah Majistret di Kajang, hari ini.

Pelajar tular tumbuk guru tukar pengakuan

Menurut laporan Sinar Harian, pelajar peralihan Tingkatan Satu itu membuat pengakuan tersebut dalam prosiding sebutan kes yang sepatutnya bagi mendapatkan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebelum hukuman dijatuhkan.

tumbuk guru

Foto: Sinar Harian

Pertuduhan terhadap tertuduh juvana kemudian dibacakan semula dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Fatin Dayana Jalil dimana prosiding dijalankan secara tertutup kerana melibatkan remaja bawah umur.

Peguam bela, S. Priyalatha ketika ditemui selepas prosiding menjelaskan anak guamnya yang juga anak tunggal masih belum bersedia untuk mengaku bersalah.

“Langkah seterusnya sama ada menghantar representasi atau tindakan lain hanya akan ditentukan selepas pihak pembelaan menerima dokumen penting daripada pendakwaan. Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 9 Oktober depan untuk sebutan semula,” katanya.

Kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Alia Safri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 30 Julai lalu, remaja itu pernah mengaku bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang guru lelaki berusia 29 tahun dalam insiden di sebuah sekolah menengah, kira-kira jam 4.48 petang pada 28 Julai lalu.

Artikel lain: Pelajar Tingkatan Dua Direman! Berani Tumbuk, Ugut Guru Selepas Ditegur ‘Ponteng’ Kelas

tumbuk guru

Foto: Video tular

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

tumbuk guru

Foto: Video tular

Insiden berkenaan mencetuskan perhatian ramai selepas tular rakaman video berdurasi 38 saat di media sosial yang memaparkan pertengkaran dua individu lelaki sebelum berakhir dengan seorang pelajar menumbuk guru tersebut di bahagian pipi.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd