Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar Dari Golok Mula Guna ICQS Untuk Ke Sekolah Di Malaysia

Segelintir pelajar yang menetap di Golok, Thailand kini menggunakan laluan sah melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) untuk ke sekolah di Rantau Panjang sejak semalam.

Foto: Buletin TV3

Menurut laporan Buletin TV3, perubahan ini berlaku susulan pengumuman Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusuff Mamat yang akan menahan individu yang menggunakan pangkalan haram.

Pemantauan di ICQS Rantau Panjang mendapati lima motosikal yang ditunggang pelajar melalui pintu masuk tersebut antara jam 4 hingga 4.30 petang semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelajar-pelajar ini kebanyakannya dari Tingkatan Empat dan Lima yang menunggang motosikal bernombor pendaftaran Thailand.

“Sebelum ini saya hanya menggunakan bot memandangkan jarak yang sangat dekat dengan rumah dan hanya berjalan.
“Namun disebabkan takut, saya mula menunggang motosikal milik bapa dan mengajak rakan sekelas untuk membonceng bersama-sama supaya jimat kos minyak.
“Selain saya, beberapa rakan di sekolah saya juga sudah bertukar laluan menggunakan ICQS. Walaupun agak sukar, jika ia dikuatkuasakan kami akan menggunakan ICQS,” kata seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, Erika, 16.

Rakannya, dikenali sebagai Shahira yang memiliki pas sempadanmengakui proses melalui ICQS agak rumit kerana perlu bertolak lebih awal dari rumah untuk mengelak kesesakan.

“Mungkin sekiranya ICQS dibuka lebih awal selepas ini, ia sedikit memberi kelegaan kepada kami yang mengejar masa untuk ke sekolah,” ujarnya.

Ketua Polis Kelantan memaklumkan bahawa isu yang dilaporkan berkenaan hampir 500 murid dan pelajar sekolah yang menggunakan pangkalan haram Sungai Golok akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Ahad ini.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Sosial

Seorang warga emas berusia 71 tahun tidak menghiraukan usia dan cabaran hidup, terus bekerja sebagai penghantar makanan demi menampung keperluan harian. Menerusi perkongsian di...

Sosial

“Baca doa yah… tolong… dah sampai ni dah!” – jeritan penuh cemas seorang wanita dalam video tular mengundang sebak ramai apabila suasana panik banjir...

Sosial

Pada tahun lalu, ramai meruntun dengan kisah seorang bayi lelaki Muhammad Al Fateh, yang maut akibat kecuaian pihak taska segar. Bayi berusia lapan bulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd