Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pasukan Guaman Malaysia Tiba Di Jordan, Siap Runding Bebaskan Aktivis GSF

Pasukan guaman Malaysia kini berada di Amman, Jordan bagi membantu rundingan pembebasan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan rejim Israel selepas kapal mereka dipintas ketika dalam misi kemanusiaan ke Gaza.

Pasukan guaman Malaysia siap buat rundingan

Memetik laporan daripada Harian Metro, Peguam Fahmi Abd Moin menyatakan beliau bersama empat lagi peguam dari Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) tiba di negara itu jam 1 petang waktu tempatan semalam.

“Saya bersama peguam iaitu Azril Mohd Amin, Dir Kheizwan Kamaruddin, Luqman Mazlan dan Ahmad Nazrin Abu Bakar.
“Kami akan berhubung rapat dengan pasukan peguam Hak Asasi Manusia dari Israel yang mewakili kesemua peserta GSF yang ditahan,” katanya.

Pasukan guaman Malaysia sudah bersedia

Menurutnya, kenyataan rasmi berhubung usaha rundingan itu akan dikeluarkan kepada media hari ini.

Salah seorang peguam yang terlibat, Dir Kheizwan Kamaruddin juga sempat berkongsi gambar mereka di lapangan terbang sebelum bergerak ke Jordan bagi misi tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pasukan Guaman Malaysia

Setakat ini, seramai 12 sukarelawan Malaysia disahkan ditahan termasuk artis tanah air seperti Zizi Kirana yang menaiki kapal Huga; Heliza Helmi dan Hazwani Helmi di kapal Hio; selain Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli dari kapal Sirius.

Turut bersama ialah Iylia Balqis, Ahmad Musa Al-Nuwayri serta Sul Aidil di kapal Alma, manakala Farah Lee dan Danish Nazram berada di kapal Grande Blu.

Artikel lain: GSF: Anak Muda Malaysia, Haroqs Titip Pesan Buat Ibu Bapa – “Halalkan Segalanya”

Menurut sistem pengesan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), kapal Grande Blu dipintas pada 12.58 tengah malam waktu Gaza, manakala kapal Hio diserang pada jam 2.34 pagi kira-kira 60 batu nautika dari Gaza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehingga jam 7.50 pagi waktu Malaysia, 17 rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan dengan SNCC selepas kapal mereka dipintas. SNCC turut mengesahkan 10 kapal kini berada pada status “diserang” manakala 13 kapal lagi menghantar isyarat “kecemasan”.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan), Facebook Dir Kheizwan Kamaruddin

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Sosial

Seorang ibu mengundang sebak warga sekolah apabila hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya yang telah meninggal dunia, sekali gus meninggalkan kenangan...

Lokal

“Dua hari saya tak boleh tidur malam, setiap kali pejam mata, kejadian itu bermain dalam ingatan,” luah Megan, 42, saksi utama yang masih trauma...

Lokal

Seorang wanita meluahkan rasa lega selepas lelaki yang didakwa memandu dalam keadaan mabuk dan khayal sehingga menyebabkan kematian suaminya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd