Sepasang kekasih yang tular dalam sebuah video kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan berbogel di tanah perkuburan di Georgetown, Pulau Pinang direman sehingga Khamis bagi membantu siasatan.
Direman tiga hari

Foto: Audrey Dermawan
Memetik laporan Harian Metro, perintah reman itu dikeluarkan selepas pasangan terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret pagi tadi.
Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi menetapkan perintah reman berkenaan bagi tujuan siasatan kes tersebut.
Sebelum itu, pasangan itu tiba di mahkamah dengan tangan bergari, diiringi polis. Mereka dilihat mengenakan baju merah dan seluar biru.
Artikel lain: Setiausaha Masjid Didakwa Tonton Video Tak Senonoh Dipecat
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, mengesahkan pasangan yang tular dalam video itu telah ditahan di lokasi berasingan sekitar Georgetown pada hari sebelumnya.
Untuk info, asil siasatan awal mendapati insiden berlaku pada 22 Mac di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung, Air Itam.
Sumber: Harian Metro (Audrey Dermawan)







































