Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pak Cik Tolak Duit Influencer, Bantuan Kerajaan Dah Cukup – “PM Anwar Bagi RM600 Sebulan”

Tular video di media sosial memaparkan seorang pak cik tolak duit influencer lalu meluahkan kesyukuran atas bantuan yang disediakan oleh Kerajaan MADANI yang telah meringankan kehidupan sehariannya.

Menerusi satu hantaran di X, pengguna FaktaBukanAuta telah memuat naik semula satu video memaparkan seorang wanita yang mahu membelanjakan wang ringgit untuk membeli barangan rumah buat warga emas tersebut.

Pak cik tolak duit influencer, luah syukur atas bantuan kerajaan

Pak Cik Tolak Duit Influencer

Bagaimanapun, pak cik itu menolak wang ringgit daripada wanita berkenaan dan memintanya untuk memberikan bantuan berkenaan kepada orang lain.

Ujar pak cik itu lagi, dia tidak memerlukan wang tersebut kerana usianya yang sudah lanjut disamping turut menerima bantuan daripada kerajaan sebanyak RM600 sebulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Terima kasih banyak-banyak tapi saya tinggal seorang dan sudah berumur 80 tahun. Tolong orang lain, saya tak apa, ajal hampir sampai.
“PM Anwar ada bagi saya bantuan kebajikan sebanyak RM600 setiap bulan. Semua cukup,” katanya.

Bagaimanapun, pak cik itu telah menerima RM50 daripada wanita berkenaan kerana dipercayai bagi memuaskan hati individu yang mahu membantunya itu.

“Kalau nak tolong, saya ambil satu keping sahaja, cukup. Terima kasih banyak. Satu keping ni cukup, saya boleh makan tujuh atau lapan hari,” ujarnya sambil tersenyum.

Dalam pada itu, warga emas itu juga berkongsi bahawa dia sangat gembira dengan kehidupannya sekarang dan sering berdoa kepada Tuhannya.

Artikel lain: Isteri Selamat Bersalin, Suami Balas Jasa Beri Loket Emas Buat Kakitangan Hospital

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji Kerajaan MADANI atas bantuan tersebut kerana ia telah banyak membantu meringankan bebanan rakyat Malaysia terutama warga emas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

PMX naikkan bantuan kebajikan dari RM500 ke RM600

Syukur duduk Malaysia, terima kasih PMX!

Anwar naikkan bantuan sara hidup, benda ni bagus untuk mereka yang benar2 memerlukan

Pada masa yang sama, ramai juga yang memuji pak cik berkenaan atas sifatnya yang sentiasa bersyukur atas rezekinya malah menolak bantuan kerana rasa mencukupi dengan apa yang dia miliki.

Dia ambil RM50 sebab nak gembirakan wanita itu

Pak cik tolak duit influencer, hebat!

RM600 pun dah cukup untuk pak cik ni, orang ramai sepatutnya contohi individu-individu macam ni…

Sumber: X FaktaBukanAuta

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd