Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pahang Ke Arah Negeri Maju, Berpendapatan Tinggi

Pahang terus mengukuhkan reputasinya sebagai sebuah negeri yang mencatat prestasi ekonomi yang luar biasa, apabila pada tahun lalu mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kedua tertinggi di Malaysia, hanya di belakang negeri Selangor.

Dengan kadar pertumbuhan 5.2 peratus pada tahun 2023, Pahang bukan sahaja mengatasi purata nasional sebanyak 3.6 peratus, tetapi juga mengukuhkan kedudukannya sebagai antara negeri paling pesat membangun di negara ini.

Pahang ke arah negeri maju!

Pahang juga berjaya mencatatkan kutipan hasil RM1.306 bilion pada tahun lalu, menandakan kejayaan luar biasa yang mengekalkan prestasi kutipan hasil negeri melebihi RM1 bilion bagi dua tahun berturut-turut.

Kejayaan ini menjadikan Pahang setanding dengan negeri-negeri maju lain seperti Selangor dan Johor, yang sememangnya terkenal dengan kemajuan ekonomi dan kutipan hasil yang tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pahang ke arah negeri maju

Dari segi pelaburan, Pahang tidak ketinggalan apabila mencatatkan RM16.44 bilion pelaburan pada tahun 2023. Lebih menarik, pelaburan asing menyumbang RM11.666 bilion, menunjukkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap potensi negeri ini.

Kerajaan Negeri Pahang juga berjaya merekodkan jumlah pelaburan komited sebanyak RM36.94 bilion sepanjang tahun 2022 sehingga 2023 melalui kemasukan pelabur dari dalam dan luar negeri ini.

Pelaburan yang meningkat ini pastinya akan menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi yang lebih pesat di masa hadapan.

Kesemua pelaburan ini bakal direalisasikan selepas mendapat kelulusan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang seterusnya akan membantu memajukan ekonomi Negeri Pahang daripada sudut perindustrian dan peluang pekerjaan dan juga hasil kepada kerajaan Negeri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, semua kejayaan ini tidak datang dengan mudah. Ia adalah hasil kepemimpinan mantap dan visi pandang ke hadapan Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, yang mengemudi pentadbiran negeri sejak Mei 2018.

Di bawah kepimpinan beliau, semua sektor penting seperti perkhidmatan dan pembuatan, yang merangkumi perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman, penginapan, serta produk petroleum, kimia, getah, dan plastik, telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

Pahang ke arah negeri maju

Ini menunjukkan bahawa strategi pembangunan ekonomi negeri ini berada pada landasan yang betul.

Dalam usaha untuk memastikan pembangunan ekonomi yang mampan, projek-projek infrastruktur utama seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) sedang giat dibangunkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

ECRL kini mencapai 70.13 peratus siap, manakala LTU pula berada pada tahap 63.35 peratus, di mana kedua-dua laluan ini dijangka dapat disiapkan pada akhir tahun 2026.

Apabila projek-projek ini siap sepenuhnya, Pahang dijangka akan menjadi hab ekonomi yang lebih dinamik, mampu menarik pelaburan bernilai tinggi dan menawarkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada penduduknya, terutamanya anak muda tempatan.

Lebih daripada itu, dengan adanya infrastruktur mega seperti ECRL, kawasan-kawasan lain di Pahang turut berpotensi untuk berkembang dan tidak lagi tertumpu kepada bandar-bandar besar seperti Kuantan sahaja.

Pahang mempunyai stesen terbanyak dalam rangkaian ECRL, iaitu tujuh stesen yang terletak di Bentong, Temerloh, Maran, Paya Besar, KotaSAS, Bandar Pelabuhan Kuantan, dan Cherating.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Sepanjang Ramadan, Penjawat Awam Pahang Bekerja Sehingga 12.30 Tengah Hari Setiap Jumaat

Ini menunjukkan bahawa pembangunan di negeri ini adalah inklusif dan merangkumi pelbagai kawasan, memastikan manfaat pembangunan dirasai oleh seluruh penduduk.

Hasil daripada pembinaan ECRL juga bakal menjadikan Pelabuhan Kuantan sebagai antara pelabuhan penting antarabangsa.

Ini menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di antara Kuantan Port Consortium Sdn Bhd, Northport (Malaysia) Bhd dan Malaysia Rail Link Sdn Bhd pada 15 Ogos lalu, bagi memastikan laluan ECRL yang menghubungkan Pelabuhan Kuantan ke Pelabuhan Klang dapat direalisasikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Laluan strategik ini akan menghubungkan rel dan operasi pelabuhan, yang akan memudahkan pergerakan kargo antara kedua-dua pelabuhan dengan memanfaatkan ECRL dan mengurangkan masa transit.

Ia dijangka akan memendekkan masa perjalanan kapal kargo sehingga 2.5 hari di sepanjang laluan maritim yang antara paling sibuk di dunia ini.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan baru-baru ini mengumumkan cadangan untuk membangunkan Pelabuhan Kuantan sebagai destinasi pelancongan kapal persiaran utama.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada 15 Ogos lalu yang menyatakan tidak seperti Selat Melaka, tiada terminal kapal persiaran yang khusus di sepanjang Pantai Timur, dan Pelabuhan Kuantan merupakan lokasi yang paling ideal dan strategik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika berjaya direalisasikan, sudah tentu ia mampu melonjak sektor pelancongan di Pahang dan sekali gus menjana ekonomi setempat termasuk perhotelan, peruncitan serta makanan dan minuman.

Dalam pada itu, pembinaan Kuantan Maritime Hub bernilai RM2.1 bilion yang baru sahaja dilancarkan pada 20 Ogos lalu akan menjadikan Pahang sebagai pusat utama industri maritim Pantai Timur bagi menyokong pelbagai aktiviti perdagangan dan industri yang memberi impak besar kepada ekonomi tempatan dan juga negara.

Di samping pencapaian dalam bidang ekonomi dan infrastruktur, Pahang juga mencipta kejayaan gemilang dalam bidang pendidikan.

Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) telah mencipta sejarah dengan menjadi sekolah terbaik dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 secara keseluruhan di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

MTNP bukan sahaja berjaya mengatasi sekolah-sekolah elit seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Alam Shah, dan Kolej Tunku Kurshiah, tetapi juga mencipta sejarah sebagai sekolah tahfiz pertama yang mencapai pencapaian luar biasa ini.

Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy, yang juga Pengerusi Yayasan Pahang, telah menunjukkan kebijaksanaan dalam mengemudi yayasan tersebut, terutamanya dalam aspek pendidikan.

Di bawah kepimpinannya, Yayasan Pahang giat membangunkan pendidikan tahfiz, bermula dari peringkat awal persekolahan sehingga ke peringkat diploma. Penubuhan institusi pendidikan berteraskan Islam ini dilihat sebagai satu perkembangan pesat dalam bidang pendidikan tahfiz di negeri Pahang.

Sebagai contoh, Pahang mempunyai Tadika Tahfiz Negeri Pahang, yang bermula dengan sebuah cawangan pada tahun 2018 dan kini ia berkembang kepada 25 cawangan di seluruh Pahang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pahang ke arah negeri maju

Lebih menarik lagi modul pendidikan tadika tahfiz ini telah digunapakai di 4,000 buah Tadika KEMAS seluruh negara.

Pembangunan pesat dalam bidang pendidikan ini adalah bukti komitmen kerajaan negeri dalam memastikan rakyat Pahang tidak ketinggalan dalam arus kemajuan.

Dengan sokongan kepemimpinan yang kuat dan inisiatif yang berterusan, Pahang sedang melangkah dengan penuh keyakinan ke arah masa depan yang lebih gemilang, sama ada dari segi ekonomi, infrastruktur, atau pendidikan. Semua ini menjanjikan masa depan yang cerah dan sejahtera untuk negeri dan rakyat Pahang.

Sumber: Themalaysianreserve

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh selar kenyataan Ahli Parlimen (MP) Seputeh, Teresa Kok yang mempersoalkan cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang...

Sosial

Tular video di media sosial memaparkan kali terakhir seorang gadis, Nia Kurnia Sari dilihat warga kampung sebelum dilaporkan hilang dan mayatnya ditemui beberapa hari...

Sosial

YouTuber mukbang, Nikocado Avocado beri kejutan kepada para penontonnya selepas memuat naik video terbaharu menerusi saluran miliknya yang memaparkan dia kini yang sudah kurus....

Lokal

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu golongan yang terbeban dengan hutang....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd