Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Padang SNBJ Dinilai Selepas Perlawanan, Hannah Yeoh Bakal Temu Dengan Pakar Rumput

Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan dinilai terlebih dahulu selepas perlawanan antara Malaysia dan Oman bagi pusingan kelayakan Piala Dunia.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata beliau akan mengadakan mesyuarat bersama pakar rumput dahulu bagi memastikan ada penambahbaikan yang diperlukan, lapor Berita Harian.

Foto: Free Malaysia Today

“Selepas perlawanan Malaysia menentang Oman pusingan kelayakan Piala Dunia, kita nilai dulu.
“Saya juga akan bermesyuarat untuk mendengar dan dapatkan maklum balas daripada pakar rumput kerana saya mahu pastikan terus ada penambahbaikan.
“Seperti yang saya jelaskan di Parlimen, kita tiada pilihan di mana saya ada dua stadium. Disebabkan tiada dua pilihan itu, kita kena pastikan kita jaga rumah untuk Harimau Malaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) pada Selasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Padang SNBJ dinilai selepas perlawanan

Dalam pada itu, Hannah juga berkata mereka perlu memberi ruang untuk konsert dijalankan di stadium itu agar belanja bagi menaik taraf stadium dapat ditambah.

“Kita juga kena bagi ruang untuk konsert. Hasil daripada konsert semua masuk ke dalam akaun perbadanan stadium dan dalam tabung berkenaan kita belanja untuk naik taraf stadium,” ujarnya.

Sementara itu, Hannah turut memberi bayangaan bahawa jawatan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan kekal dipegang Datuk Hans Isaac.

Hans Isaac dilantik sebagai Pengerusi PSM bagi sesi 2023/25 bermula Jun tahun lalu dan akan menamatkan kontraknya pada Jun tahun depan walaupun banyak desakan mahu beliau meletak jawatan.

Artikel berkaitan: Padang Rosak Kali Ketiga, Ahli Parlimen Machang Gesa Hans Isaac Letak Jawatan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Hannah, setiap keputusan berkaitan isu padang SNBJ yang sering menerima kritikan akan diputuskan secara bersama oleh Lembaga Pengarah PSM.

“Hans Isaac dilantik bagi tempoh dua tahun dan saya percaya dalam PSM sekarang segala keputusan dibuat bersama Lembaga Pengarah.

Foto: Harian Metro

“Lembaga Pengarah sudah ambil keputusan untuk rumput selepas konsert Coldplay, bagi kepada pakar untuk masuk dan lakukan tugas.
“Itu adalah keputusan Lembaga Pengarah, jadi kita kena tunggulah,” jelasnya.

Jelasnya, selepas konsert Coldplay pada November tahun lalu, PSM telah mendapatkan khidmat pakar rumput dari Australia bagi melakukan segala perancangan untuk penjagaan rumput di stadium itu.

Sumber: Berita Harian (Helmi Talkah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk mengurangkan tempoh pemenjaraan seorang bekas pekerja IT kepada 12 tahun berhubung insiden samseng jalan raya yang meragut nyawa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd