Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Ojen Aiwah Akui Potong Rambut Kerana Ibu – “Saya Nak Tengok Dia Gembira”

Usahawan dan pempengaruh popular, Ojen mendedahkan dirinya kini berasa lebih lapang dan tenang selepas membuat keputusan memotong rambut pendek, baru-baru ini.

Memetik laporan Kosmo, Ojen atau nama sebenarnya Mohd. Ruzain Ahza Mohd. Rosli, 31, memberitahu, keputusan untuk memotong rambut untuk lebih kemas sudah lama terbuku di hatinya namun baru kini direalisasikan.

Potong rambut kerana ibu

ojen aiwah Potong rambut kerana ibu

“Sejujurnya, sudah lama saya berniat untuk potong rambut kerana mahu kelihatan lebih segar, tetapi selalu tertangguh. Saya rasa nasihat serta teguran daripada orang ramai juga menjadi salah satu faktor saya berani membuat keputusan ini.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menegur dengan niat baik. Ramai menyangka saya sukar menerima kritikan, sedangkan perubahan ini saya lakukan secara berperingkat.
“Sebelum ini, apabila saya mengenakan serban, ada yang menuduh saya mempermainkan agama. Hakikatnya, serban itu saya jadikan sebagai peringatan dan benteng supaya tidak melampaui batas, memandangkan diri saya yang dahulu jauh lebih teruk berbanding sekarang,” kata Ojen.

Dalam pada itu, dia turut menjelaskan keputusan memotong rambut juga didorong oleh keinginannya untuk membahagiakan ibunya yang kini sedang berjuang melawan penyakit kanser.

“Saya hanya mahu melihat ibu gembira. Jika dengan perubahan kecil ini mampu membuatkan hati ibu senang dan menjadi asbab kesembuhan, saya sanggup melakukannya.
“Bagi saya, perkara paling utama adalah memperoleh restu dan reda seorang ibu. Saya mahu rezeki yang datang itu lahir daripada doa ibu.
“Buat masa sekarang, fokus utama saya adalah menjaga ibu. Disebabkan itu, terdapat beberapa program melibatkan Kunafa Aiwahh yang saya tidak dapat sertai secara langsung,” ujarnya.

Sementara itu, Ojen tidak menafikan perubahan imej tersebut turut membuka pintu rezeki baharu apabila dia menerima pelbagai tawaran sebagai model dan duta pakaian Baju Melayu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya sendiri tidak menjangkakan apabila banyak jenama pakaian raya menghubungi dan menawarkan saya sebagai duta serta model mereka.
“Ada yang bertanya kadar bayaran untuk kerjasama. Sebelum ini, sumber pendapatan saya hanyalah daripada perniagaan kunafa. Insya-Allah, saya akan meneliti dan mempertimbangkan tawaran yang diterima,” katanya lagi.

Artikel lain: Kau Ada Allah? Aku Ada Adab, Doa Ibu Sedang Sedang Berjuang Kanser – Ojen Aiwah

Terdahulu, penampilan Ojen serta perniagaan kunafanya menjadi bualan di media sosial selepas dikritik oleh pempengaruh berasal dari Yaman, Tareq Fiq. Rentetan itu, Ojen mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman individu berkenaan atas dakwaan menjejaskan reputasi jenama perniagaannya.

Sumber: Kosmo (Helmi Anuar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd