Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nurul Aishah Farhana Ditemui Di Pahang, Dipercayai Ikut Teman Lelaki Secara Sukarela

Remaja perempuan, Nurul Aishah Farhana Azni yang dilaporkan hilang sebanyak dua kali sebelum ini telah ditemui dan dipercayai mengikut teman lelaki secara sukarela.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata mangsa telah pulang ke pangkuan keluarga selepas ditemui pihak berkuasa.

Nurul Aishah Farhana ditemui di Pahang

Nurul Aishah Farhana Ditemui

Foto: Sinar Harian

Katanya, Nurul Aishah yang keluar dari rumah kemudian mengikuti teman lelakinya secara sukarela itu telah ditemui oleh pihak berkuasa di Bera, Pahang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, mereka juga menahan teman lelaki kepada gadis itu untuk membantu siasatan lanjut berkenaan kes kehilangan Nurul Aishah.

“Dia keluar dengan kawan lelaki dia dan kami jumpa dia di Bera, Pahang dan dia ada dalam keadaan selamat. Kami telah tahan lelaki yang bersama dengan dia untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Forum Jenayah Tak Mengenal Warna Kulit di Masjid Utama Batang Kali di Batang Kali pada Khamis.

Sementara itu, Nurul Aishah telah kembali ke pangkuan keluarganya dan tiada pemeriksaan kesihatan dilakukan keatasnya kerana dia berada dalam keadaan yang baik.

Nurul Aishah Farhana Ditemui

“Mangsa sudah balik ke keluarga. Tiada pemeriksaan sebab dia dalam keadaan sihat dan dia keluar dengan sukarela, cuma di bawah umur,” ujarnya.

Hasil siasatan polis mendapati mangsa menghadapi masalah keluarga dan pada masa yang sama mempunyai hubungan rapat dengan suspek.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata seorang penggangur berusia 20-an ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, pemuda tersebut ditahan di Triang, Pahang sekitar pukul 12.30 tengah malam semalam oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

Sumber: Malaysia Gazette (Mohd Zaini Samsu Hadi) & (Nur Arina Asbar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Keputusan seorang ibu berbangsa Cina, Zhu Er Chan untuk menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukanlah perkara yang asing, memandangkan terdapat...

Dunia

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web...

Sosial

Tindakan tiga sekawan yang menjemput seorang pengawal keselamatan makan bersama mereka di sebuah restoran telah berjaya meraih perhatian ramai di media sosial. Menerusi satu...

Sosial

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyuarakan kebimbangan serius berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap beberapa aktivis yang mendedah dan mempersoal aktiviti pencerobohan tanah serta pembinaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd