Netizen Malaysia kecam pemain tenis Australia, Nick Kyrgios selepas menggelar tempat asal ibunya sebagai ‘bandar setinggan’ walaupun mempunyai darah kerabat Diraja Pahang.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Louis Theroux telah memuat naik video memaparkan temu bual antaranya bersama pemain tenis berkenaan.
Netizen kecam pemain tenis Australia, dakwa ibu berdarah kerabat tinggal di bandar setinggan
@officiallouistheroux More from my conversation with Nick Kyrgios! You can find the full episode on Spotify – Merry Christmas!
Pada video tersebut, Theroux meminta pengesahan sama ada ibu Kyrgios adalah dari Malaysia disamping turut bertanya lebih lanjut berkenaan asal ibunya.
Kyrgios kemudian berkata kebanyakan ahli keluarga ibunya berasal dari Kuala Lumpur disamping turut memaklumkan ada juga yang berasal dari Penang.
Bagaimanapun, apa yang membuatkan Kyrgios menerima kecaman adalah apabila mengelar tempat asal ibunya sebagai ‘bandar setinggan.
Tidak cukup dengan itu, pemain tenis berusia 29 itu turut mendakwa ibunya tinggal di pondok kayu disamping berkata perkara itu menggembirakan ibunya.
“Keluarga mak saya kebanyakkannya berada di Kuala Lumpur dan sebahagiannya berasal dari Penang. Jadi, keluarga mak saya kebanyakkan dari Kuala Lumpur tetapi dia tinggal sejam lebih dari sana.
“Mak saya tinggal di kampung, kami pernah datang melawat dan dia tinggal di bandar setinggan. Mak saya mungkin tinggal di pondok kayu dan itu mungkin perkara terbaik dia pernah ada,” katanya.
Kyrgios kemudian menjelaskan orang ramai seringkali memandang rendah terhadap pencapaiannya sebagai pemain tenis, namun dia seringkali mengingati kenyataan ‘ibunya yang tinggal di pondok kayu’ dan bapanya yang berbangsa Greek datang ke Australia dengan menaiki bot.
Artikel lain: Wanita Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Pihak Istana Pahang
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mendakwa Kyrgios menipu disamping meluahkan rasa tidak puas hati atas kenyataan ibunya tinggal di pondok kay di kawasan bandar setinggan.
Ni goreng sampai hangus
Penipu, mak dia kerabat Pahang
Dia patut balik kampung dan belajar budaya Melayu
Pondok kayu? Bandar setinggan?
Tak mungkin tinggal dalam pondok
Mak dia kerabat kot
Sekadar info, memetik laporan Mamamia, ibu Kyrgios iaitu Norlaila Kyrgios merupakan anak kelahiran Gombak, Selangor dan datuknya merupakan sepupu kepada Sultan Pahang.
Secara automatiknya, Norlaila merupakan Tengku Pahang atau puteri di negeri Pahang, namun pada usia 20-an, dia memilih untuk melepaskan gelarannya disamping meninggalkan keluarga dirajanya.
Norlaila kemudian berpindah ke Australia dan berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa Greek, Giorgos Kyrgios dan dikurniakan tiga cahaya mata, antaranya Nick yang merupakan anak bongsu pasangan itu.
Bagaimanapun, terdapat juga dakwaan bahawa Norlaila merupakan ahli keluarga kerabat Diraja Selangor namun tiada bukti yang mengesahkan perkara tersebut.
Sumber: TikTok officiallouistheroux, Mamamia