Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Nampak Uzur, Abdul Hadi Bukan Kena Berjoget Kalau Jadi PM – Ulama Kanan PAS

Susulan mendapat pelbagai tanggapan dan reaksi positif juga negatif terhadap cadangan yang menamakan Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk menjadi calon perdana menteri, ulama kanan PAS iaitu Mokhtar Senik tampil menjelaskan mengenai pandangannya mengenai hal berkenaan.

Menurut laporan Malaysiakini, Mokhtar memerihalkan bahawa cadangan tersebut sebenarnya berlandaskan visi untuk mewujudkan sebuah kerajaan Islam dan negara Islam di Malaysia jika orang ramai menginginkan kerajaan sedemikian yang beliau anggap sesuai dengan kepimpinan Abdul Hadi.

Abdul Hadi bukan kena berjoget kalau jadi PM

Foto: Facebook Abdul Hadi Awang

Menurut Mokhtar juga, ada kekeliruan mengenai kenyataan beliau di media sosial, dimana beliau menegaskan bahawa Abdul Hadi adalah calon yang paling layak jika rakyat mahukan negara Islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, jika negara yang diinginkan adalah negara sekular dan liberal seperti yang ada sekarang, jelas beliau Abdul Hadi tidak layak untuk memimpin menjadi seorang perdana menteri.

“Ada satu hal yang mereka gagal faham mengenai status (di media sosial semalam) itu.
“Maksud saya TGHH (Tuan Guru Haji Hadi) paling layak itu jika mahukan sebuah kerajaan Islam dan negara Islam.
“Tapi kalau mahukan sebuah negara sekular, liberal yang macam ada sekarang memanglah TGHH tak layak,” katanya.

Foto: Malaysiakini

Mokhtar turut menjelaskan bahawa pada pandangannya, Abdul Hadi yang kini berusia 77 tahun memiliki kualiti penting seorang pemimpin iaitu ilmu pengetahuan dan ketakwaan.

Hal ini membolehkannya memahami batas antara yang halal dan haram serta mampu mendidik rakyat mengenai perkara tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga percaya bahawa Abdul Hadi mampu membawa perubahan dalam landskap politik negara, dan saranan tersebut datang daripada keyakinan bahawa kepimpinan beliau dapat memberikan wajah baru dalam politik Malaysia.

Sementara itu, amalan menamakan calon perdana menteri bukanlah perkara asing dalam politik negara, terutamanya menjelang pilihan raya umum.

Ia dilihat sebagai cara untuk memudahkan rakyat membuat pilihan calon atau parti yang mereka sokong.

Namun begitu pada 22 Disember 2017, Abdul Hadi pernah menegur tindakan pihak yang menamakan calon perdana menteri terlalu awal dengan alasan bahawa ia bertentangan dengan amalan diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook Abdul Hadi Awang

Menurut Abdul Hadi, PAS menolak amalan tersebut kerana ia berisiko menjadi sia-sia, seperti bangkai’ yang tidak memberi manfaat selain menegaskan bahawa urusan pemilihan pemimpin adalah hak Allah SWT.

“Maka, PAS tidak mendahulukan pembentukan kabinet atau melantik siapa bakal perdana menteri, yang bakal menjadi bangkai sahaja.
“Inilah adab yang diajar oleh Rasulullah SAW apabila ketua kabilah Bani Amir yang ditawarkan kemenangan Islam bertanyakan siapa ketua negaranya, lantas baginda SAW bersabda: ‘Itu urusan Allah yang menentukan dengan kehendak-Nya’,” ujar Abdul Hadi.
Artikel lain: AMANAH Sifatkan Agak Aneh, PAS Sokong Najib Lebih Daripada UMNO

Mokhtar mengakui bahawa dari satu sudut, keadaan fizikal Abdul Hadi yang dilihat semakin uzur seperti diperkatakan oleh sesetengah pihak boleh menimbulkan persoalan tentang kebolehannya untuk memimpin tetapi hal tersebut tidak seharusnya menjadi isu utama.

“Tapi kamu kena ingat kerja PM (perdana menteri) bukan berjoget. Kalau nak berjoget-joget tunjuk langit memanglah Tuan Guru tak boleh,” ujarnya lagi.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah tragedi membabitkan kematian kanak-kanak berusia empat tahun berlaku apabila ibu bapanya, Aidil Zacky Rahman (AZR) dan Sinta Dewi (SD) bunuh anak sendiri selepas...

Bisnes

Gergasi media sosial, Meta rancang untuk buang dan ganti kira-kira lima peratus pekerja yang mencatatkan prestasi buruk pada tahun ini dan berita ini telah...

Lokal

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurul Hidayah didakwa dilantik sebagai lembaga pengarah di Universiti Putra Malaysia (UPM)....

Lokal

Polis telah mengesahkan kesahihan sijil perkahwinan anak seorang menteri Kabinet yang berkahwin di negara jiran pada September tahun lalu. Foto: Sinar Harian Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd