Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Wanita Sanggup Ulang-Alik Dari Penang Ke KL, Naik Kapal Terbang Pergi Kerja Setiap Hari

Seorang wanita yang bekerja di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas dia memilih untuk naik kapal terbang setiap hari dan ulang-alik dari Penang ke Kuala Lumpur untuk ke tempat kerja.

Wanita bernama Racheal Kaur yang bekerja sebagai penolong pengurus operasi kewangan AirAsia telah tampil dalam satu temu bual bersama CNA Insider dan berkongsi tentang cara uniknya untuk pergi ke tempat kerja.

Wanita sanggup naik kapal terbang setiap hari demi ke tempat kerja

Naik kapal terbang

Menurut Racheal, dia naik kapal terbang lima hari seminggu untuk perjalanannya dari Penang ke Kuala Lumpur pada waktu pagi dan pulang semula pada waktu petang.

“Selalunya saya bangun pukul 4 pagi, paling lewat pun 4.15 pagi. Kemudian saya mandi, bersiap dan saya bergerak dari rumah ke lapangan terbang sekitar pukul 5 pagi.
“Kemudian saya akan memandu sekejap ke lapangan terbang. Selalunya waktu penerbangan saya 5.55 pagi, jadi saya ada masa yang banyak letak kereta, pakai kasut dan berjalan ke kapal,” katanya.

Dalam pada itu, Racheal turut berkongsi penerbangannya hanya mengambil masa sekitar 30 ke 45 minit dan sebaik sahaja mendarat, dia terus berjalan ke pejabatnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wanita naik kapal terbang setiap hari agar lebih dekat dengan anak

Sementara itu, Racheal memaklumkan dia memilih untuk berulang-alik dari Penang ke Kuala Lumpur kerana mahu lebih dekat dengan anak-anaknya.

Sebelum ini, Racheal menyewa rumah di Kuala Lumpur dan hanya akan memandu pulang ke Penang pada hujung minggu, namun dia mengambil keputusan untuk mengubah perkara tersebut.

Artikel lain: Berang Tak Dibelikan Skincare, Remaja Ancam Ibu Guna Senjata Tajam

“Anak-anak saya sedang membesar dan saya rasa kehadiran ibu mereka sangat penting. Dengan berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Penang membolehkan saya ada dengan ada dengan mereka setiap malam,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Racheal juga berkongsi tindakannya untuk menggunakan pengangkutan udara juga membantu dia melakukan penjimatan berbanding ketika tinggal di Kuala Lumpur.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Semasa saya menyewa di Kuala Lumpur, saya membayar RM1,500 setiap bulan. Tapi sekarang, saya hanya perlu membayar gadai janji rumah saya di Penang iaitu RM1,000.
“Untuk makanan pula, kalau saya tinggal di Kuala Lumpur, saya mungkin akan berbelanja sekitar RM500-Rm600 sebulan. Tapi sekarang, saya hanya berbelanja untuk makan tengahari, sekitar RM300,” kongsinya.

Sementara itu, walaupun Racheal bekerja untuk AirAsia, dia membayar tiket penerbangannya sendiri dengan harga serendah RM50 kerana dia menikmati diskaun pekerja dari syarikat penerbangan itu.

Wanita tak menyesal naik kapal terbang setiap hari

Racheal akui bahawa perjalanannya ke tempat kerja meletihkan, namun dia yakin bahawa tindakannya itu tetap berbaloi buat dirinya dan merancang untuk meneruskan perkara itu.

“Memang meletihkan sebab saya perlu bangun pukul 4 pagi setiap hari, tapi bila saya sampai rumah dan dapat jumpa anak-anak saya, semua rasa letih tu hilang begitu sahaja,” luahnya.

Tonton video penuh:

Sumber: YouTube CNA Insider

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Lokal

Pihak polis membuka satu kertas siasatan berhubung video yang tular di media sosial memperlihatkan program zumba yang tidak senonoh. Buka kertas siasatan Menurut Ketua...

Lokal

Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun yang maut dalam kemalangan tragis di Jalan Kulim–Mahang, petang semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd