Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas Pelajar UPSI: Pemandu Nafi Kelindan Bas Meninggal Dunia, Masih Dirawat Di Hospital

Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan tragik di Jalan Jeli-Gerik, sehingga meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tampil menafikan laporan awal media yang menyatakan kelindan bas turut maut dalam kejadian tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, 39, menjelaskan bahawa kelindan bas berkenaan, Samsudin Hamat yang berusia dalam lingkungan 50-an yang juga merupakan bapa saudaranya masih hidup dan kini dirawat di Hospital Taiping, Perak.

Foto: Malaysia Gazette

“Semalam media melaporkan kelindan bas meninggal dunia, saya agak terkejut dan ramai ahli keluarga bertanyakan saya.
“Sedangkan bapa saudara saya yang merangkap kelindan bas masih hidup dan kini sedang menunggu untuk menjalani pembedahan,” katanya.

Menurut Mohd Amirul, Samsudin kini sedang menunggu untuk menjalani pembedahan dan memohon agar maklumat berkaitan kematian kelindan tersebut diperbetulkan segera bagi mengelakkan kekeliruan.

Tambahnya lagi, dia dan bapa saudranya memiliki lesen bas yang sah serta berpengalaman dalam bidang tersebut dan bukan hanya individu yang baru menceburi bidang pemanduan bas secara tiba-tiba.

Foto: Sinar Harian

Dalam kejadian awal pagi semalam, siasatan awal pihak polis mendapati bas yang membawa pelajar UPSI itu dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza, sebelum terbalik, menyebabkan 15 pelajar terkorban.

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd