Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas FRU: 20 Minit Selepas Dibebaskan, Pemandu Lori Ditahan Semula Kerana Kes Curi Lembu

Seorang pemandu lori yang sebelum ini dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), ditahan semula hari ini bagi membantu siasatan kes curi lembu.

Menurut laporan Utusan Malaysia, tertuduh, Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk ketika berada di kaunter pembayaran jamin di Kompleks Mahkamah Teluk Intan, kira-kira jam 12.20 tengah hari hanya 20 minit selepas dia dibebaskan dari lokap IPD Hilir Perak.

Foto: Utusan Malaysia

Penahanan semula ini dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan berhubung satu kes kecurian lembu yang dilaporkan berlaku di Hutan Melintang, Bagan Datuk pada April lalu.

Terdahulu, pada Jumaat lalu, Rudi dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan dan mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU di Kilometer 15, Jalan Sungai Manik, Hilir Perak, pada 13 Mei 2025, kira-kira jam 9 pagi.

Mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah S. Perumal, 44; Mohd. Roslan Abdul Rahim, 46; Mohd. Pozli Jaudin, 41; Nurit Pandak, 34; Amiruddin Zabri, 38; Mohamad Hilmi Mohd. Azlan, 38; Muhamad Akmal Muhamad, 35; Damarrulan Abdul Latif, 33; dan Akmal Wafi Annuar, 28.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rudi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan Hakim Mahkamah Sesyen Norhamizah Shaiffuddin yang bertindak sebagai Majistret telah membenarkan jaminan sebanyak RM6,000 untuk kesemua pertuduhan.

Foto: Sinar Harian

Sebagai syarat tambahan, lesen memandu tertuduh digantung sementara kes dibicarakan di mahkamah, dan dia perlu melaporkan diri di balai polis setiap minggu.

Wang jaminan tersebut dibayar oleh dua penjamin iaitu majikan tertuduh, Ravi, 58, yang menjelaskan RM4,000, dan jiran sekampungnya Roslan, 62, yang menjelaskan baki RM2,000.

Bagaimanapun, kebebasan Rudi tidak bertahan lama apabila dia ditahan semula bagi siasatan kes jenayah lain tidak lama selepas proses jaminan selesai.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Sosial

Dua minggu lalu, Siti Norshahila Balqis Roslan, 19, melangkah penuh semangat ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam, Jempol dengan senyuman dan lambaian terakhir...

Lokal

Seorang lelaki dilaporkan hilang telah ditemukan meninggal dunia di dalam hutan air terjun di Kampung Teluk Sanau, Baling. Memetik laporan Berita Harian, Ketua Balai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd