Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Nahas Azerbaijan Airlines: Tiada Rakyat Malaysia Terlibat – Wisma Putra

Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam nahas Azerbaijan Airlines, penerbangan J2-8243 berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Aktau, Kazakhstan, pada awal hari Rabu.

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas Azerbaijan Airlines

Nahas Azerbaijan Airlines

Foto: Reuters

Menurut laporan BERNAMA, Wisma Putra menerusi satu kenyataan turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan kesembuhan kepada mereka yang cedera dalam kejadian tersebut.

“Kami akan terus memantau situasi dengan teliti,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra malam tadi.

Nahas Azerbaijan Airlines

Foto: BBC

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pesawat Embraer 190 milik Azerbaijan Airlines itu dilaporkan dalam penerbangan dari Baku ke Grozny sebelum terbakar semasa melakukan pendaratan cemas berhampiran Aktau.

Artikel lain: Mayat Mangsa Nahas Pesawat Tahun 1968 Ditemui Selepas Penantian 65 Tahun

Laporan pihak berkuasa menunjukkan terdapat puluhan kematian dalam kejadian tersebut, manakala sekurang-kurangnya 28 orang terselamat, termasuk dua kanak-kanak yang kini dirawat di hospital.

Pesawat nahas tersebut membawa seramai 67 penumpang dan kru, termasuk lima orang kru.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nahas Azerbaijan Airlines

Foto: Reuters

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan atau maklumat lanjut boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di 26 Sarayshyk Street, Diplomatic District, 010000 Astana, Kazakhstan melalui talian +7 (7172) 79 06 90, +7 (7172) 79 06 95, atau +7 777 079 0014, atau menghantar e-mel ke [email protected].

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sukan

Mahkamah Timbang Tara Sukan, Court of Arbitration for Sport (CAS) memutuskan tujuh pemain warisan negara dikenakan penggantungan selama 12 bulan, namun larangan itu hanya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd