Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Musa Hassan Tampil Jelaskan Isu Video Tular, Pilih Untuk Tidak Aibkan Isteri

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akhirnya tampil menjelaskan berhubung rakaman video membabitkan kejadian beliau dan isteri berbalah yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut laporan Sinar Harian, beliau lebih selesa menyerahkan perkara tersebut kepada peguam sekali gus melalui proses undang-undang serta mahkamah.

“Saya mempunyai prinsip untuk tidak mengamalkan perbuatan mengaibkan sesiapa termasuklah isteri saya. Oleh itu, saya tidak akan mengaibkan dia.
“Ini berkaitan masalah rumah tangga, dia masih isteri saya dan saya mempunyai sebab-sebab tertentu untuk meneruskan aduan berkaitan dengan isteri saya ke Mahkamah Syariah,” katanya menerusi video sidang akhbar di TikTok hari ini.

Bercerita lanjut, figura berusia 72 tahun itu berkata, konflik rumah tangga dihadapi telah berlarutan hampir tiga tahun selain dikatakan mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak enam bulan lalu.

Sementara itu, beliau memaklumkan tidak teragak-agak bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang melakukan spekulasi sendiri mengenai kejadian terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan tidak perlu saya memberikan penerangan kepada media tentang apa yang berlaku.
“Saya tak mahu beri keterangan lanjut memandangkan laporan yang dibuat oleh saya dan pihak isteri telah disebarkan. Jadi biarlah pihak polis yang menjalankan siasatan,” ujarnya.

Terdahulu, polis mengesahkan pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung satu kejadian membabitkan Musa dan isteri selepas tular tiga rakaman video sejak Selasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kertas siasatan berkenaan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut dalam masa terdekat.

Sumber: Sinar Harian (Nor Syamira Liana Nor Ashaha)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Sosial

Dua minggu lalu, Siti Norshahila Balqis Roslan, 19, melangkah penuh semangat ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam, Jempol dengan senyuman dan lambaian terakhir...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd