Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tak Kejar Tempat Pertama, Murid Tolak Kerusi Roda Rakan Sambil Lari Rentas Desa

Seorang murid tolak kerusi roda rakan sambil lari rentas desa tanpa memikirkan untuk mengejar tempat pertama dalam acara sukan terbabit.

Menerusi video dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai qalmuhd telah memuat naik video seorang murid lelaki telah menolak kerusi roda rakannya yang kurang upaya (OKU) sambil berlari.

@qalmuhd

Abang bangga dengan awak dik, 🥺tidak semua orang mampu lakukan macam mana yang awak lakukan🫡 kawan awak mesti tak rasa yang dia kekurangan, kerana dalam kekurangannya hadir nya insan seperti awak yang mampu beri kelebihan pde dirinya, Semoga Awak berdua Berjaya dunia dan akhirat❤️🤲🏻#fyp #xyzbca #sahabatsampaisyurga #merentasdesa #foryoupage

♬ Sahabat Tak Akan Pergi – Betrand Peto Putra Onsu & Anneth

Advertisement. Scroll to continue reading.

Murid tolak kerusi roda rakan sambil berlari

Pengguna TikTok berkenaan menyatakan yang dirinya bangga melihat momen tersebut apabila semangat setia kawan murid-murid berkenaan cukup kuat.

“Abang bangga dengan awak dik, tidak semua orang mampu lakukan macam mana yang awak lakukan,
“Kawan awak mesti tak rasa yang dia kekurangan, kerana dalam kekurangannya hadir nya insan seperti awak yang mampu beri kelebihan pde dirinya tulisnya.

Murid tolak kerusi roda rakan ketika rentas desa

Dapat dilihat murid berkenaan sangat bersungguh-sungguh menolak rakannya yang turut membantu melajukan pergerakan agar mereka dapat segera ke garisan penamat.

Tak Kejar Tempat Pertama

Artikel lain: Beri Manfaat Lebih 5.2 Juta Murid, Agihan Bantuan Awal Persekolahan Bermula 13 Januari Ini – KPM

Semoga urusan adik dipermudah

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing mengakui terharu dan bangga dengan usaha murid berkenaan dalam membantu rakannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka juga mendoakan supaya agar segala urusan mereka dipermudah dan menyatakan bahawa murid-murid terbabit sememangnya sudah menang tanpa bertanding.

 

Sebak tengok video macam ni

Mereka dah menang tanpa bertanding

 

Semoga mereka berdua terus kekal bersahabat dan menjadi contoh kepada masyarakat diluar sana berkenaan rasa sayang kepada mereka yang istimewa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok qalmuhd

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Lokal

Pihak polis membuka satu kertas siasatan berhubung video yang tular di media sosial memperlihatkan program zumba yang tidak senonoh. Buka kertas siasatan Menurut Ketua...

Lokal

Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun yang maut dalam kemalangan tragis di Jalan Kulim–Mahang, petang semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd