Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Inkues Zara Qairina: Mona Din Mohon Maaf Ke AGC, Janji Tak Ulangi kesilapan

Aktivis Che Muna Din atau lebih dikenali sebagai Mona Din mohon maaf kepada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung satu hantaran di laman Facebook peribadinya pada 4 September lalu.

Mona Din mohon maaf selepas terima Notis tunjuk Sebab

Menerusi perkongsian Mona di Facebook, beliau telah membuat permohonan maaf itu selepas menerima Notis Tunjuk Sebab bertarikh 10 September 2025 yang dikaitkan dengan hantaran terbabit.

Mona Din mohon maaf, tiada niat campuri prosiding mahkamah

Beliau menegaskan, dirinya tidak pernah berniat untuk mencampuri atau mempertikai prosiding Mahkamah Koroner yang sedang berlangsung ketika itu.

“Saya juga tidak mempunyai niat jahat untuk mempengaruhi pandangan serta persepsi masyarakat, apatah lagi Hakim Mahkamah Koroner yang sedang menjalankan prosiding inkues.
Saya berjanji untuk tidak lagi membuat sebarang hantaran yang boleh dianggap mengganggu sistem keadilan dan menghina mahkamah,” tulisnya.

Hantaran sudah dipadam

Mona turut memaklumkan bahawa hantaran tersebut telah dipadam pada 13 September lalu sekitar jam 6.18 petang.

“Saya dengan penuh rendah diri ingin sekali lagi memohon maaf serta mengucapkan terima kasih kepada pihak Peguam Negara kerana telah memberi kesempatan untuk saya memohon maaf bagi menyelesaikan isu ini,” jelasnya.

Terdahulu, AGC menyerahkan notis tunjuk sebab kepada Mona Din pada 10 September selepas beliau didapati memuat naik hantaran yang dianggap bersifat menghina mahkamah berhubung prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kenyataan rasmi, AGC menjelaskan notis tersebut dikeluarkan mengikut Aturan 52 Kaedah 2B Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

Penghantaran notis tunjuk sebab ini merupakan sebahagian prosedur yang perlu dipatuhi bagi memulakan prosiding pengkomitan kerana menghina mahkamah,” menurut kenyataan itu.

Mona Din mohon maaf

Artikel lain: Bekas Guru Besar Didakwa Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina

Penelitian AGC mendapati hantaran dimuat naik Che Muna Din, yang antara lain mempertikai keterangan saksi pakar iaitu Pakar Patologi Forensik Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah, Dr Jessie Hiu.

Tindakan itu dilihat berpotensi untuk mempengaruhi pandangan awam serta mengganggu perjalanan prosiding inkues yang sedang dijalankan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Mona Din

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd