Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MINDEF Umum Pelancaran Pameran LIMA 2025, Ketengahkan Industri Aeroangkasa dan Maritim

Kementerian Pertahanan (MINDEF) umum pelancaran Pameran LIMA 2025 yang dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei 2025.

Menerusi satu kenyataan, pameran anjuran bersama MINDEF dan Global Exhibitions dan Conferences Sdn Bhd (GEC) itu bakal membawa tema ‘Innovative Today, Thrive Tomorrow).

Pameran yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Adly Zahari memilih tema itu bagi mengetengahkan kepentingan pemain industri untuk sentiasa berinovasi dan meningkatkan daya saing seiring dengan perkembangan teknologi.

Sementera itu, Adly berkata bagi memastikan kejayaan Pameran LIMA 2025, penganjur bersama GEC telah menjalinkan kolaborasi strategik dengan beberapa syarikat lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

MINDEF umum pelancaran Pameran LIMA 2025

“Dalam memastikan kejayaan penganjuran LIMA 2025, GEC telah menjalinkan kolaborasi strategik bersama Arabian World Events, QUBE Integrated Malaysia Sdn Bhd dan SHP Media Sdn Bhd.
“Selain itu, Curio Pack Sdn Bhd, Malaysian Aerospace Industry Association (MAIA) dan Malaysia Industry-Government Group for High Technology (MiGHT) juga menyertai kolaborasi ini.
“Syarikat masih berterusan berbincang bersama dengan rakan strategik lain yang berpotensi untuk membawa LIMA 2025 ke tahap yang mampu memberikan impak positif kepada negara lain dan juga industri,” katanya.

Walaupun baru dilancarkan hari ini, pameran yang memasuki edisi ke-17 ini telah menerima sambutan awal yang menggalakkan daripada syarikat dalam dan luar negara.

Ia sekaligus membuktikan Pameran LIMA adalah sebuah acara yang dinanti-nantikan oleh pemain tempatan dan antarabangsa dalam industri aeroangkasa dan maritim.

Selain pameran sedia ada, LIMA 2025 juga mengetengahkan beberapa segmen baharu bagi menarik lebih banyak penyertaan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pada masa yang sama, MINDEF juga menggalakkan Institusi Pendidikan Tinggi kerajaan dan swasta yang memiliki kepakaran dalam industri ini untuk menyertai Pameran LIMA 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut MINDEF, pameran ini merupakan antara inisiatif daripada kementerian utnuk menjadikan Pameran LIMA sebagai sebuah pusat perkembangan industri dan pembangunan sumber manusia.

Artikel lain: SOP Persembahan Penerbangan Raptai Lintas Hormat Sedia Diteliti Semula – MINDEF

Dalam pada itu, MINDEF juga akan bekerjasama rapat dengan GEC sebagai penganjur bersama bagi memastikan LIMA 2025 menjadi sebuah acara yang maju di persada antarabangsa.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham bin Ishak, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab Rahman, Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan, Panglima panglima Perkhidmatan, Pegawai-pegawai Kanan Awam dan ATM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Sosial

Seorang bapa berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya dikenali sebagai Raisha Falisha hampir menjadi mangsa culik dalam satu kejadian yang berlaku di Taman Bakawali,...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd