Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MINDEF Perkasa Pendidikan E-Sports Bagi Anak-Anak Warga Kerja Pertahanan

Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam usaha memperkasakan pendidikan Esports bagi anak-anak Warga Kerja Pertahanan (WKP) serta memupuk bakat dan minat dalam bidang E-sports yang semakin berkembang pesat.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata Program Sukan Elektronik (E-sports) diperkenalkan bagi memberikan pendedahan kepada ekosistem baharu melalui pameran industri dengan bantuan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) – Esports Integrated (ESI) dan GamesBond International Sdn Bhd.

“Melalui inisiatif ini, pendedahan mengenai hala tuju Esports kepada pelajar sekolah akan dapat direalisasikan dengan bantuan program National Esports Development Guideline (NESDEG). 
“Ia juga memberi fokus kepada peningkatan penglibatan kekeluargaan dan seluruh komuniti masyarakat dalam mewujudkan ekosistem Esports di kalangan anak-anak WKP selari dengan pembangunan pesat Esports pada masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan dan melancarkan Program E-sports melibatkan sekolah-sekolah di dalam Kem (SDK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pangkalan TLDM Lumut, Perak, hari ini.

Sementara itu, Adly berkata program itu juga menyediakan insentif hadiah wang terkumpul RM8,500 bagi anak-anak WKP yang terlibat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia selaras dengan Teras Ketiga dan Keempat Pelan Strategik MINDEF 2021-2025 (Pelestarian Kesejahteraan WKP dan Pengukuhan Kerjasama Awam-Tentera),

“Iaitu MINDEF komited dalam menyediakan kemudahan pendidikan sebagai usaha Kerajaan dalam menjamin kesejahteraan anak-anak WKP,” ujarnya. 

Bukan itu sahaja, pelaksanaan kejohanan E-sports itu turut memperolehi tajaan daripada Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Tenaga Nasional Berhad, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, Perbadanan Perwira Niaga Malaysia, Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan PUBG Malaysia.

Turut hadir dalam program tersebut, barisan pengurusan kanan MINDEF dan KBS selain kakitangan serta pelajar sekolah SMK Pangkalan TLDM Lumut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd