Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MINDEF Nafi Dakwaan Pemberhentian Kesemua Panglima ATM Disebabkan Kontrak Helikopter

Kementerian Pertahanan (MINDEF) nafi dakwaan berita tular tentang pemberhentian kesemua panglima dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disebabkan kontrak helikopter bernilai RM16 bilion.

Menerusi satu kenyataan, pihak kementerian memandang serius kenyataan tular tersebut yang mendakwa adanya pemberhentian Panglima Angkatan Tentera (PAT), Panglima Tentera Darat (PTD), Panglima Tentera Laut (PTL) dan Panglima Tentera Udara (PTU) serta pertukaran pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Susulan itu, Kementerian Pertahanan dengan ini menafikan kebenaran kenyataan berkenaan dan mengesahkan bahawa tiada saling perkaitan antara pemberhentian atau pertukaran panglima-panglima ATM dengan proses pajakan helikopter seperti yang dihebahkan,” katanya.

Mindef Nafi Dakwaan

Kredit foto: Google

Dalam pada itu, MINDEF juga telah membuat laporan berkenaan berita palsu itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil ke atas pihak yang menghebahkan berita tidak benar tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Justeru, masyarakat dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan berita yang tular di media sosial kerana ia boleh membentuk persepsi negatif terhadap pertahanan negara yang boleh menggugat keamanan,” katanya.

Kredit foto: Google

Ditegaskan bahawa penyebaran berita palsu adalah kesalahan undang-undang yang boleh didakwa, antara lain mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd