Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

MESF Kecam Tindakan Pemain Esport Luar Negara, Gesa Mohon Maaf Hina Jalur Gemilang

Persekutuan Esukan Malaysia (MESF) mengecam tindakan atlet Mobile Legend Bang Bang (MLBB) Amerika Syarikat (AS), Michael Cosgun, terhadap keterlanjurannya menghina bendera Malaysia sekali gus menggesa permohonan maaf secara terbuka.

Memetik laporan Bernama, dalam masa sama, MESF turut meminta syarikat Moontoon selaku badan induk MLBB supaya memastikan kehormatan dan keharmonian komuniti e-sukan diperkuat.

Foto: Facebook Malaysia Esports Federation

Terdahulu, pemain yang baru tiba di Malaysia itu memuat naik sebuah hantaran di InstaStory yang tidak sopan terhadap Malaysia sekali gus mendatangkan kecaman rakyat.
Dia yang popular dengan panggilan MobaZane berkongsi gambar Jalur Gemilang yang mengundang kemarahan peminat e-sukan tanah air serta berpendapat bahawa Malaysia ialah pasukan yang lemah.
Foto: Instagram mobazaneofficial
Ekoran insiden penghinaan tersebut,  wakil Mobazane akhirnya memuat naik satu hantaran di Instagram, @wtmtoday, menyatakan bahawa atlet itu menyesal dan ikhlas memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjurannya dalam menghina bendera Malaysia.
Foto: Instagram @wtmtoday
“Saya seikhlas hati ingin memohon maaf kepada rakyat Malaysia, dan juga sesiapa sahaja yang tersinggung dengan tindakan saya.
“Saya memahami bahawa niat tidak selalunya akan mencerminkan kesan tindakan kita, dan saya mengambil tanggungjawab penuh dengan hantaran itu.
“Sebagai langkah ke hadapan, saya berjanji untuk belajar daripada kesilapan ini dan memastikan ia tidak berulang lagi,” tulisnya di ruangan Instagram story.

Foto: One Esports

Advertisement. Scroll to continue reading.
Walaubagaimanapun, permohonan maaf daripada atlet Amerika Syarikat itu sendiri masih tidak sahih lagi.
Sumber: Bernama 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd