Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Mengecewakan! Maszlee Dakwa Pemimpin Pembangkang Tak Hadir Sidang Parlimen?

Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik meluahkan kekecewaan apabila beberapa barisan pemimpin utama parti pembangkang kerana tidak kelihatan sewaktu Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15, semalam.

PMQ pertama kali dalam sejarah

Menerusi hantaran dikongsikan di laman Facebook, Maszlee menyatakan buat julung kalinya dalam sejarah Malaysia, sesi parlimen mengadakan mengadakan sesi bertanya kepada Perdana Menteri (Prime Minister’s Question Time, PMQ) secara langsung pada setiap hari Selasa.

Beliau berkata, sesi tersebut menjadikan sistem parlimen di Malaysia bertaraf dunia kerana ia adalah peluang diberikan kepada Ketua Pembangkang terutama untuk berdebat dengan Perdana Menteri.

“Pertama kali dalam dalam sejarah Malaysia. Reformasi seperti ini akan menjadikan sistem parlimen kita bertaraf dunia.
“Setiap kali PMQ, PM akan memperuntukkan setengah jam untuk sesi ini setiap hari Selasa.
“Pengamalan di Westminster, Ketua Pembangkang selaku shadow PM akan menggunakan peluang untuk berdebat dengan PM dan disaksikan oleh rakyat sekeliannya,”tulisnya.

Pembangkang tak gunakan peluang sebaiknya

Namun begitu, peluang yang diberikan kepada pihak pembangkang tidak digunakan sebaiknya lebih-lebih lagi barisana kepimpinan utama tidak hadir sewaktu sesi tersebut.

Antara pemimpin pembangkang yang dikatakan tidak hadir sewaktu sesi PMQ semalam adalah Ahli Parlimen Larut, Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin (Ketua Pembangkang), Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden BERSATU & Perikatan Nasional), Ahli Parlimen Marang, Tuan Guru Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketidakhadiran mereka jelas menunjukkan pihak pembangkang tidak menghargai mekanisme demokrasi berparlimen sedia ada.

Mereka hadir..

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pemimpin terbabit sebenarnya hadir ketika mesyuarat berkenaan.

“Saya berada sebaris dengan mereka di dalam Dewan Rakyat dan melihat sendiri bahawa mereka hadir pagi tadi,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Tambah Mohd Radzi, dakwaan yang dibuat itu adalah tidak wajar kerana dia mempunyai bukti bahawa mereka benar-benar hadir.

https://www.facebook.com/DrRadziJidin/posts/pfbid0B4q3tiPnSaDAVyewu2xd4P3noaQ2DgHKKCX9XE83ZcGLPMhA3By61bskWtd5kKmEl

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sesi siaran langsung sidang Parlimen 14 Februari

Hadir atau tidak, anda boleh menonton dan menilai sendiri berdasarkan sesi siaran langsung secara penuh seperti berikut.

Sumber: Facebook (Dr. Maszlee Malik & Dr. Radzi Jidin), YouTube (Buletin TV3 & Selangor TV)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Sosial

Keputusan seorang ibu berbangsa Cina, Zhu Er Chan untuk menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukanlah perkara yang asing, memandangkan terdapat...

Dunia

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web...

Dunia

Tiga penjenayah warga Malaysia yang diklasifikasikan sebagai antara paling dikehendaki polis, ditahan ketat di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj (CSMIA) selepas mencetuskan kekecohan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd