Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Menang PRK KKB, Sock Tao Sedia Laksana Manifesto Untuk Penduduk

Wakil rakyat baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB), Pang Sock Tao yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Sabtu akan melaksanakan tanggungjawab dan ikrar manifestonya dengan sebaik mungkin.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi, Sock Tao meluahkan rasa syukur di atas kemenangan serta berterima kasih kepada pengundi terutamanya yang pulang dari luar negara kerana telah meletakkan kepercayaan terhadap dirinya.

Foto: Bernama

Dalam pada itu, Sock Tao turut memberi penghargaan kepada jentera Kerajaan Perpaduan daripada Pakatan Harapan (PH) selain Barisan Nasional (BN) yang banyak memberi sumbangan dari segi masa dan tenaga sepanjang tempoh PRK berlangsung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

https://www.facebook.com/XiaoTaoUbahTV/posts/pfbid02feg3PxKJdWPDfBkKUGk44yTEwHac1LZT3eQ3h6SkTTvLA55ArfXYhCZzdmdb8MDel

“Terima kasih juga kepada anda yang keluar menyokong saya di ceramah, dan juga begitu mesra bersalaman dengan saya semasa walkabout dan lawatan.
“Kemenangan ini lebih bermakna apabila saya mendapat sokongan penuh daripada suami dan keluarga yang tersayang,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Selain daripada bertekad untuk melaksanakan ikrar manifesto yang terbaik bersama pasukan, beliau turut berterima kasih kepada mendiang Lee Kee Hiong di atas sikap dedikasinya sepanjang tiga penggal berkhidmat untuk warga KKB.

Foto: IG Pang Sock Tao

Susulan itu, Pang menganggap kejayaannya itu sebagai kemenangan bagi penduduk di KKB yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat untuk keluar mengundi.

“Saya akan melakukan yang terbaik kepada seluruh masyarakat KKB.
“Saya adalah wakil rakyat kepada semua penduduk KKB tanpa kira warna kulit, latar belakang agama dan pegangan politik,” ujarnya.

Sumber: Facebook Xiao Tao 小桃

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd