Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

“Melangkah Ke Dunia Baharu!”- Ramai Teruja Didi & Friends The Movie Bakal Muncul Di Pawagam

Berita baik buat pencinta kartun Didi & Friends kerana kali ini mereka sekali lagi bawakan kepada anak-anak anda semua Didi & Friends The Movie selepas bertahun menanti sejak 2020.

Mulai 23 Februari depan, Didi & Friends akan muncul di pawagam berhampiran rumah anda apabila eksekutif Warnakala iaitu Hairul Sofian berkongsi video trailer pertama bagi filem tersebut di media sosial mereka.

“Inilah saat yang ditunggu-tunggu. Dibawakan khas untuk semua, Didi & Friends The Movie!
“Sama-sama kita melangkah ke dunia baharu, di pawagam 23 Februari 2023,”tulis pihak mereka di laman Twitter.

Dalam video 30 saat ini, dilihat Didi di dalam rumah sedang berjalan menuju ke luar rumah. Selain itu, topi besbol merah ikonik beliau turut dapat kelihatan bersama dengan baju biru beliau.

Meksipun tidak banyak babak didedahkan oleh pihak produksi, namun tetap jelas sekali kualiti yang sangat tinggi dan menarik untuk ditonton oleh seisi keluarga.

Sekadar info, Didi iaitu seekor ayam serama jantan ini, jelas kelihatan tekstur bulunya. Persekitaran rumah beliau, elemen-elemen lain dalam video ini juga nampak cukup cantik dan sekali lagi kebanggaan untuk animasi tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tak sabarnya! Nak beli tiket

Perkongsian itu membuatkan ramai tidak sabar untuk menonton di pawagam bersama anak-anak pada 23 Februari 2023 nanti.

Lepas tengok trailer ni, kita pula rasa tak sabar nak pergi tonton!

Sumber: Twitter @AstroShaw

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Sosial

Terdahulu tular sebuah video podcast di mana seorang individu bernama DMA Islam menyatakan bahawa tugas wanita selepas berkahwin hanyalah membuka ruang untuk suami dan...

Sukan

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengarahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan dua siasatan dalaman secara terperinci berhubung isu pentadbiran sekretariat serta pemalsuan dokumen tujuh pemain...

Lokal

Detik penuh cemas selama hampir dua hari berakhir pagi ini bagi Nurul Natasha Amyra Ishak, 19, apabila jasad suaminya, Elmi Nur Zamani Aizat Abdul...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd