Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mek Yun Luah Gembira, Berjaya Puasa Ramadan Pertama Bersama Keluarga

Personaliti media sosial, dan pelakon Mek Yun berkongsi berita gembira apabila berjaya berpuasa penuh pada hari pertama Ramadan bersama keluarga.

Berjaya puasa Ramadan pertama

Mek Yun Berjaya puasa Ramadan pertama

Menerusi perkongsian di TikTok, Mek Yun bersyukur apabila dapat bersahur dan berbuka puasa bersama ibu dan bapanya, yang mesra disapa sebagai Mok dan Pok.

@mekyunnnn

Mekyun BERJAYA berpuasa hari pertama ni gais yayy!! 🥹💪🏻 Dengan Mok dan Pok pulak tuuu. Lagi special sebab dapat bersahur dan berbuka sekali sama-sama 😍❤️ Selamat berpuasa semua 🌙✨ Semoga Ramadhan ni penuh dengan keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan untuk korang dan keluarga. Mekyun doakan semoga segala kebaikan yang korang buat dibalas dengan yang lebih baik dan semua urusan dipermudahkan sepanjang bulan yang mulia ni ❤️

♬ Berbuka Puasa – Satria Petir

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, momen tersebut menjadikan permulaan Ramadan kali ini lebih bermakna dan istimewa.

“Berjaya berpuasa hari pertama ni gais! Dengan Mok dan Pok pulak tu. Lagi special sebab dapat bersahur dan berbuka sekali sama-sama,” kongsi Mek Yun, semalam.

Dalam hantaran sama, Mek Yun turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua serta menitipkan doa agar Ramadan kali ini dipenuhi keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat setiap keluarga.

Dia juga mendoakan agar segala amalan kebaikan yang dilakukan sepanjang bulan mulia ini dibalas dengan ganjaran lebih baik serta setiap urusan dipermudahkan.

Dalam pada itu, menurut ibunya dia dan suami sudah terbiasa berpuasa sewaktu berada di kampung ketika bulan Ramadan biarpun bukan beragama Islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mok dah biasa dah berpuasa dengan kawan-kawan dan jiran dulu masa di kampung.
“Bulan puasa ni kita kena sibukkan diri baru tak fikir nak makan dan minum, kesabaran itu kan separuh daripada iman,” ucap ibunya.

Artikel lain: Mek Yun Beli Rumah Pertama, Titip Pesanan Buat Wanita – “Pastikan Ada Aset Sendiri”

Tambah bapanya pula, semangat perlu kuat untuk berjaya berpuasa sehingga ke akhir dan menahan diri daripada membatakalkan ibadah itu..

Perkongsian tersebut menerima reaksi positif daripada pengikutnya yang turut berkongsi rasa syukur dapat menyambut Ramadan bersama insan tersayang.

Sumber: TikTok Mekyun

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Seorang ibu mengundang sebak warga sekolah apabila hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya yang telah meninggal dunia, sekali gus meninggalkan kenangan...

Lokal

“Dua hari saya tak boleh tidur malam, setiap kali pejam mata, kejadian itu bermain dalam ingatan,” luah Megan, 42, saksi utama yang masih trauma...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd