Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Mat Salih Kongsi Malaysia Paling Banyak Cuti Umum, Netizen Kata Belum Lagi Menang Bola!

Baru-baru ini, tular seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Mark Odea berkongsi bahawa Malaysia mempunyai cuti umum paling banyak berbanding negara lain.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Mark menunjukkan satu buku ‘planner‘ (catatan) yang mengandungi senarai cuti umum beberapa negara.

@markodea8

Amd the winner is…😂🇲🇾 #malaysia #publicholiday

♬ original sound – Mark Odea (ALAMARK!) – Mark Odea (ALAMARK!)

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya beli buku ‘planner’ untuk tahun 2024 dan ianya sangat hebat kerana di dalamnya ada senarai cuti daripada negara di seluruh dunia, mari saya tunjukkan,” katanya.

Mark kemudian membuka buku ‘planner’ tersebut dan mula menyelak helaian yang mengandungi senarai-senarai cuti tersebut.

Artikel lain: Pembangkang Tiada Kekuatan Bawa Usul Undi Tidak Percaya Ke Parlimen – Anwar

“Okay jom kita tengok satu- satu. Kita ada Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Singapura, Filipina, Hong Kong, Vietnam, Amerika Syarikat.
“Dan akhir sekali, kita ada Malaysia!” ujarnya.

Apa yang melucukan adalah Mark menggunakan lagu latar bertemakan filem ikonik Star War yang menceritakaan berkaitan perang di angkasa lepas.

Malaysia paling banyak cuti umum

“Pada suatu ketika dahulu di sebuah galaksi yang jauh…” tulis Mark berseloroh dengan  senarai cuti Malaysia yang banyak berbanding negara lain.

Mark turut menulis kapsyen video itu dengan menyatakan Malaysia adalah pemenang kepada jumlah cuti terbanyak di dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dan pemenang cuti terbanyak di seluruh dunia adalah Malaysia!,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terutamanya dari rakyat Malaysia terhibur disamping seolah-olah berasa bangga dengan perkongsian tersebut.

Kawan saya dari UK cuma ada lapan hari cuti umum…

Senarai Malaysia empat kali ganda dari US

Saya ketawa dalam cuti umum Malaysia….

Malaysia bukan Malaysia kalau tak banyak cuti

Malaysia Paling Banyak Cuti Umum, saya rasa bangga..

Malah ada juga yang menyatakan bahawa senarai itu tidak lengkap kerana terdapat cuti yang tidak ditulis seperti cuti peristiwa, cuti pilihan raya dan banyak lagi.

Fakta, tak semua cuti umum ada dalam tu…

Tak ada dalam senarai, cuti menang bola….

Kami ada cuti peristiwa juga

Cuti menang badminton, cuti pilihan raya, cuti tambahan, etc…

Namun begitu, ada juga yang menjelaskan bahawa senarai tersebut kelihatan panjang kerana ianya menggabungkan cuti umum di peringkat kebangsaaan dan negeri.

Ni sebab sekali dengan cuti negeri

Dia gabungkan cuti kebangsaan dan cuti negeri, salah tu

Memang la panjang campur cuti negeri…

Sekadar info, Mark merupakan pempengaruh yang berasal dari United Kingdom dan kini menetap di Malaysia sebagai pelakon dan hos televisyen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok Mark Odea

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Sebuah kereta mewah Nissan GT-R disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati dipandu dengan lesen tamat tempoh dan tanpa insurans di susur keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd