Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Martabatkan Ilmu Perubatan Tradisional, 16 Negara UNESCO & Asia Pasifik Sertai ICICH 2024

Martabatkan ilmu perubatan Tradisional, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Warisan Kebudataan Tidak Ketara (ICICH) 2024 di AVANTE Hotel, Petaling Jaya bermula 19 hingga 22 November ini.

Persidangan ini dilaksanakan menerusi Jabatan Warisan Negara (JWN) dengan kerjasama International Information and Networking Centre for Intangible Cultural Heritage in the Asia-Pacific Region under Auspices of UNESCO (ICHCAP), Korea.

ICICH 2024 yang membawa tema “Local Heritage Wisdom: A Traditional Medicine” merupakan kesinambungan daripada persidangan antarabangsa yang telah diadakan pada tahun 2022 dengan tema “Safeguarding Measures and Good Practices“.

“Persidangan kali ini bertujuan untuk memartabat, mempromosi, melindungi dan mendokumentasi kepelbagaian ilmu tradisi serta kearifan yang terdapat dalam amalan perubatan tradisional,” kata JWN dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, sebanyak 16 buah negara anggota UNESCO dan Asia Pasifik merangkumi 20 panel pembentang terdiri daripada wakil kementerian/agensi kerajaan, pakar warisan budaya, pengamal/wakail komuniti, ahli akademik, penyelidik serta penggiat telah diundang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesemua jemputan ini telah diundang untuk berkongsi maklumat mengenai praktis perubatan tradisional, cabaran serta langkah perlindungan yang diaplikasikan bagi memastikan ilmu perawatan secara tradisional terus releven dan dilestarikan.

“Tiga topik utama persidangan akan diketengahkan iaitu Perubatan Wanita: Penjagaan Ibu Selepas Bersalin, Amalan dan Kepercayaan dalam Perubatan Tradisional dan Perlindungan dan Kelestarian Perubatan Tradisional,” jelas JWN.

Inisiatif penganjuran ICICH 2024 ini selari dengan tanggungjawab Malaysia setelah berjaya menduduki kerusi UNSECO Intergovernmental Committee for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage (IGC ICH) untuk sesi 2022-2026.

Pada masa yang sama, persidangan ini juga membuktikan komitmen Malaysia dalam melindungi warisan kebudayaan tidak ketara, sejajar dengan Teras 3 Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) iaitu memfokus kepada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya.

“Melalui persidangan ini juga, hubungan serta jaringan kerjasama antara Malaysia dan Negara Anggota Konvensyen 2003 yang lain juga dapat diperkukuhkan terutamanya dalam perihal warisan kebudayaan tidak ketara di peringkat global.
“Program tahunan ICHCAP iaitu ICH NGO Session yang mengumpulkan para penggiat/persatuan dalam bidang warisan tidak ketara untuk berkongsi idea, maklumat dan peluang kolaborasi merentasi negara turut dilangsungkan,” kata JWN.

Selain itu, aktiviti pameran, demonstrasi, jualan produk, lawatan serta persembahan kebudayaan juga diadakan sebagai sisipan program.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dalam pada itu, sempena dengan program ini, satu resolusi berkaitan hala tuju perubatan tradisional di peringkat global yang disediakan oleh pengamal perubatan tradisional akan dikemukakan kepada MOTAC pada hari terakhir persidangan itu,” ujar JWN.

Sementara itu, ICICH 2024 turut dijayakan dengan kerjasama rakan strategik lain iaitu Jabatan Muzium Malaysia, Bahagian Perubatan Traditional & Komplementari Kementerian Kesihatan Malaysia serta Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara.

Selain itu, Kraftangan Malaysia, Linton Universiti College, Persatuan Warisan Pekan Pahang Malaysia (WARIS), Persatuan Kebudayaan Han Malaysia serta AVANTE Hotel juga merupakan antara rakan strategik penganjuran ICICH 2024.

Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Wira Roslan Abdul Rahman yang mewakili Menteri MOTAC, Datuk Seri Tiong King Sing.

Turut hadir ke majlis perasmian ini adalah Ketua Pengarah JWN, Mohamad Muda Bahadin, Ketua Pengarah ICHCAP Jisung Kim, Naib Canselor Linton Universiti Collage, Presiden WARIS, Pengurusan Tertinggi MOTAC, Ahli Majlis Warisan Kebangsaan, Jawatankuasa Pakar Warisan JWN serta wakil Kementerian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Maxim Malaysia sedang berbincang dengan pihak berkuasa bagi menyelesaikan isu berhubung dakwaan bahawa dua aplikasi e-hailing yang dikendalikannya, Maxim dan InDrive, beroperasi secara haram....

Dunia

Satu kejadian tragis menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Situbondo, Jawa Timur apabila dilaporkan disiram dengan cecair mudah terbakar (spiritus) sebelum dibakar...

Politik

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Mokhtar Senik mengemukakan pendapat bahawa pari tersebut hanya akan kekal relevan sebagai parti politik Islam jika...

Bisnes

Harga minyak global turun merosot pada awal dagangan hari ini hampir AS$1 rentetan jangkaan perjanjian nuklear antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran. Harga minyak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd