Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Telefon Bimbit Diragut Ketika Buat Video TikTok, Mangsa Rupanya Atlet Triatlon!

Seorang pencuri mungkin menyesal apabila salah memilih sasaran ketika cuba mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang wanita dalam kejadian berlaku di London, baru-baru ini.

Mangsa rupanya atlet triatlon!

Memetik laporan The Straits Times, mangsa Elizabeth Lopez-Aguilar dari Texas, sedang berjalan-jalan di kota tarikan pelancong itu bersama teman lelaki selepas menyambut hari lahirnya.

atlet triatlon

Foto: SWNS

Bagaimanapun, telefon bimbitnya diragut seorang pemuda berusia lingkungan 20-an ketika meletakkan peranti itu di atas tanah untuk merakam video TikTok.

“Saya ingat ia cuma gurauan pada mulanya, tetapi saya terus bertindak mengejarnya,” kata wanita berusia 24 tahun itu.

Namun, Lopez-Aguilar bukan wanita biasa sebaliknya dia seorang triathlete yang telah menamatkan enam triathlon, gabungan renang, berbasikal dan larian, sekali gus mengejar pencuri tersebut dengan sepantas.

Artikel lain: Penghantar Makanan Dicekup, Menyamar Demi Jenayah Ragut

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan teman lelakinya, Abraham Tahtouh juga seorang atlet berjaya mengejar dan menangkap lelaki itu terlebih dahulu.

atlet triatlon

Foto: The Straits Times

Beberapa saat kemudian, Lopez-Aguilar tiba, memegang tangan pencuri itu dan mendapatkan semula telefonnya.

Lopez-Aguilar memaklumkan, lelaki terbabit tidak melawan dan meninggalkan tempat kejadian.

“Segala-galanya dalam hidup saya ada dalam telefon itu. Berjaya mendapatkan semula telefon bimbit saya adalah satu kelegaan,” ujarnya.
atlet triatlon

Foto: Yahoo! Sports

Justeru, dia menasihati orang ramai supaya sentiasa peka, simpan barang berharga dengan selamat selain berfikir dahulu sebelum bertindak walaupun yakin boleh mengejar suspek.

Sumber: The Straits Times

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd