Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Malaysia Haramkan 9 Jenis Racun Perosak Berbahaya Secara Berperingkat Mulai 2025

Malaysia mengharamkan sembilan bahan aktif racun perosak yang dikategorikan sebagai Highly Hazardous Pesticides (HHPs) secara berperingkat mulai 2025 hingga 2030, sebagai langkah memperkukuh keselamatan makanan dan melindungi kesihatan awam.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Isham Ishak sempena Seminar Pengurusan Racun Perosak Lestari 2025 di MAEPS Serdang, pada Isnin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPKM, Datuk Seri Norazman Ayob.

Foto arkib: Bernama

“Pengharaman ini dilaksanakan melalui pendekatan berasaskan bukti saintifik selepas menilai secara menyeluruh kesannya terhadap kesihatan awam, keselamatan makanan, perdagangan serta alam sekitar.
“Langkah ini juga membuka peluang kepada industri untuk berinovasi dalam pembangunan produk alternatif yang lebih selamat dan mesra alam seperti biopestisid serta agen kawalan biologi,” katanya dalam satu kenyataan Jabatan Pertanian.

Antara bahan aktif yang terlibat dalam fasa awal pengharaman bermula 2025 ialah Trichlorfon, Dicofol, Pentachlorophenol dan Monocrotophos. Seterusnya, Chlorpyrifos, Methamidophos dan Dichlorvos akan dihentikan menjelang 2027, diikuti Zinc Phosphide pada 2028 dan Cadusafos menjelang 2030.

Foto: FB Jabatan Pertanian

Sementara itu, Jabatan Pertanian berkata bagi menyokong peralihan kepada kaedah pertanian rendah risiko, kerajaan turut menyalurkan RM1.1 juta di bawah Program Pemantapan Biosekuriti Tanaman Makanan dalam RMKe-12.

“Peruntukan itu memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM), yang setakat ini telah memberi manfaat kepada 1,000 usahawan tani,” kata Jabatan Pertanian.

Dalam aspek penguatkuasaan, Jabatan Pertanian melaporkan lebih 4,300 operasi pemeriksaan dan serbuan di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974 sejak 2020 hingga Ogos 2025, dengan jumlah rampasan racun haram dan tiruan mencecah RM3.2 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kerjasama strategik juga diperkukuh bersama platform e-dagang utama seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop bagi mengekang penjualan racun tidak berdaftar secara dalam talian.

Selain itu, Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pengurusan dan Regulatori), Mat Iesak Ngathinee pula berkata, kadar ketidakpatuhan had maksimum residu (MRL) pada hasil pertanian negara menunjukkan penambahbaikan ketara.

“Kadar ini berjaya dikurangkan daripada 28.5% pada 2006 kepada hanya 11.9% pada 2025, satu indikator peningkatan kesedaran dan pematuhan dalam kalangan petani,” ujarnya.

Seminar berkenaan menghimpunkan lebih 250 peserta merangkumi wakil agensi kerajaan, pembuat dasar, pemain industri, penyelidik, pengedar serta petani bagi membincangkan hala tuju pengurusan racun perosak secara lestari selaras Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan aspirasi Malaysia MADANI.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita menjadi sebutan di media sosial selepas satu hantaran di Facebook miliknya mencetuskan perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut, wanita berkenaan dilihat menyiarkan semula...

Nasional

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kononnya beliau ‘mencium pipi’ isteri Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. iaitu Louise Araneta-Marcos ketika menghadiri satu...

Sosial

Dalam suasana penuh debar menanti kehadiran cahaya mata pertama, usahawan dan penulis terkenal, Farah Fakhira, dikejutkan dengan berita pemergian suami tercintanya, Zaidul Ariff, yang...

Sosial

Seorang kakitangan syarikat perbankan RHB yang tular selepas didakwa menghina Perdana Menteri menerusi media sosial telah diberhentikan daripada tugasnya. RHB dalam satu kenyataan memaklumkan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd