Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Malaysia Hantar Pasukan Perubatan ATM Ke Myanmar, Laksana Misi Hospital Medan

Malaysia telah menghantar satu pasukan perubatan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Myanmar hari ini bagi melaksanakan Operasi Bantuan Kemanuasiaan Starlight III, sususlan gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada 28 Mac lalu.

Menurut laporan Bernama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh, memaklumkan bahawa misi kali ini melibatkan 69 anggota, terdiri daripada 16 pegawai dan 53 anggota lain-lain pangkat dari pelbagai kepakaran.

Foto: Bernama

Pasukan ini termasuk Unit Forward Anaesthsia and Surgical Team (FAST) dari Hospital Medan Malaysia, elemen dari Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) serta pasukan keselamatan.

Operasi tersebut diketuai oleh Kol Dr Ahmad Farhan Ahmad Fuad dan dilengkapi dengan pelbagai keperluan logistik, termasuk sebuah Hospital Medan Tahap Dua, kit perubatan, kelengkapan komunikasi dan teknikal,  sebuah kenderaan pncuan empat roda serta dua trak dengan muatan keseluruhan 18 tan.

“Tempoh operasi awal dirancang selama 30 hari, dan penilaian akan dilakukan selepas itu berdasarkan keadaan semasa di lapangan,” kata Dr Zulkeffeli semasa upacara pelepasan pasukan di Pangkalan Udara Subang pada Khamis.

Foto: AirTimes

Menurut beliau, Hospital Medan dijangka akan ditempatkan di kawasan Sagaing, namun lokasi itu masih boleh berubah bergantung kepada perkembangan semasa di Myanmar.

Tambah beliau, pasukan mengambil masa sekitar 72 jam untuk bersiap sedia sebelum berlepas, mengambil kira faktor keselamatan serta kekangan bekalan air dan elektrik di lokasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bagi faktor keselamatan, kita sudah mengambil kira perkata tersebut kerana keadaan di Myanmar ada kwasan sedang bergolak dan kerajaan Myanmar telah memastikan kawasan penempatan sudah diaturgerak itu adalah selamat,” ujarnya.

Misi ini berlepas dari Pangkalan Udara Subang menggunakan dua pesawat Airbus A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 4.45 pagi dan 5.15 pagi, dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Mandalay pada 7.30 pagi dan 8.00 pagi waktu Malaysia.

Sementara itu, Kol Dr Ahmad Farhan menyatakan bahawa pasukannya bersedia memberikan rawatan kesihatan sebaik tiba di daerah Sagaing, walaupun sedar akan berdepan pelbagai cabaran di lokasi bencana.

Foto: AirTimes

“Pegawai dan kesemua anggota Op Starlight III bersemangan tinggi untuk berkhidmat, sesuai dengan mandat diberikan Perdana Menteri selaku Pengerusi ASEAN,” ujarnya.

Terdahulu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan bahawa pengoperasian Hospital Medan Malaysia akan diselaraskan bersama negara ASEAN lain yang turut menghantar fasiliti perubatan serupa.

Pada 30 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan kemanusiaan berjumlah RM10 juta kepada Myanmar sebagai sumbangan awal daripada Malaysia.

Menurut Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Myanmar, sejak gempa bumi utama berukuran 7.7 pada skala Richter melanda kawasan tengah negara itu, sebanyak 109 gegaran susulan telah direkodkan, termasuk satu gegaran kuat bermagnitud 6.4.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setakat ini, lebih 3,603 nyawa terkorban, manakala 4,817 cedera dan 141 orang masih hilang dan dianggarkan lebih 9 juta penduduk terjejas akibat bencana ini, termasuk 2.7 juta kanak-kanak di 58 perbandaran merangkumi kawasan Bago Timur, Kayin, Magway, Mandalay, Nay Pyi Taw, Shan Selatan dan Sagaing.

Sumber: Bernama

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Tingkatan Enam kini wajar dipertimbangkan sebagai pilihan utama bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek....

Sosial

Tular di media sosial beberapa hantaran dipercayai seorang isteri yang dicerai dalam pantang oleh peniaga dikenali sebagai ‘Abang Santan’ di TikTok. Isteri dicerai dalam...

Sosial

Seorang wanita mendedahkan kecurangan bekas suaminya yang dipercayai menjalinkan hubungan dengan wanita lain ketika dia sedang hamil, sehingga membawa kepada penceraian mereka baru-baru ini....

Sukan

Beregu badminton kebangsaan Choong Hon Jian-Haikal Nazri bersedia untuk melawan pasangan dari India Shetty-Rankireddy di pusingan pertama dalam Terbuka Singapura hari ini. Beregu negara...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd