Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Makan Kaki Ayam Rahsia Townsend Kekal Mantap, Panjangkan Karier

Bekas pemain sayap Crystal Palace, Andros Townsend mendedahkan kaki ayam menjadi sebahagian daripada menu makan malamnya pada setiap hari.

Townsend makan kaki ayam

Townsend, 32, meninggalkan Everton pada musim panas lepas dan menyertai pasukan yang baru naik pangkat, Luton Town pada Oktober lalu dengan perjanjian jangka pendek.

Bercakap kepada Radio 5 Live BBC, Townsend mendedahkan sebab dirinya beralih kepada amalan pemakanan semula jadi berbanding keperluan untuk mengambil begitu banyak pil atau suntikan suplemen tambahan bagi membantu tubuhnya kekal cergas dalam permainan.

Katanya lagi,  dia juga berusaha kira-kira satu peratus dalam soal memanjangkan karier bola sepaknya termasuk

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Salah satu sumber kolagen semula jadi yang terbaik ialah kaki ayam. Ia mudah. Rasanya benar-benar seperti sayap ayam. Ia kurang  daging, namun ia memiliki banyak rawan dekat tulang dan ada kulit di sekelilingnya.
“Ia sangat bagus. Di China, Afrika Selatan dan Portugal, ia dimakan dengan agak biasa. Letak 20 minit dalam stim ketuhar sehingga masak dan memakannya.
“Apa yang saya sedar adalah saya sudah berusia 32 tahun, saya sudah keluar daripada permainan selama dua tahun, namun masih berasa sangat menakjubkan selepas memakan kaki ayam,” kata Townsend.

Tambahnya, ketika waktu puncak pada usia 27 atau 28 tahun, dia akan mengambil masa yang lama untuk pulih selepas perlawanan, bahkan bergelut sepanjang minggu untuk menguruskan pemulihan.

“Saya tidak tahu apa (makan kaki ayam) secara khususnya, namun saya rasa rasa satu peratus kecil itu memberi peningkatan. Pemakanan dan pemulihan, ruang hiperbarik, terapi lampu merah, terapi aliran yang kesemuanya dilakukan nampak positif,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Townsend terlepas penghujung kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2021/22 dan keseluruhan 2022/23 kerana kecederaan lutut yang serius.

Artikel lain: Pemuda Maghribi Hanya Sempat Selamatkan PS5 Ketika Gempa Bumi

Sumber: Instagram BBC 5 Live Sport

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Lokal

Seorang ibu tunggal terkilan dengan tindakan sebuah sekolah yang menghalang anak sulungnya, Solehah Azzahra Nazri, 12, seorang murid autisme, daripada bersekolah tanpa alasan yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd