Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Majlis Bandar Pintar Negara Perkasa Agenda Ekonomi MADANI

Majlis Bandar Pintar Negara (MBPN) telah meluluskan cadangan Penarafan Bandar Pintar Malaysia yang diperkenalkan oleh KPKT melalui PLANMalaysia sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia 2019-2025.

Difahamkan, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming telah mempengerusikan Mesyuarat MBPN tersebut  bertempat di Bangunan Parlimen, pagi ini.

MBPN merupakan platform bagi menetapkan dasar dan hala tuju strategik pembangunan bandar pintar di Malaysia yang menjadi medium perbincangan dan penyelesaian isu-isu pelaksanaan bandar pintar serta penyelarasan dan pemantauan pembangunan bandar pintar.

Majlis Bandar Pintar Negara

Artikel lain: Meneladani Tetangga ASEAN Kunci Kejayaan Ekonomi MADANI

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tujuan penarafan tersebut untuk mengiktiraf peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang melaksanakan inisiatif Bandar Pintar (smart city) berpandukan kepada indikator-indikator di dalam Malaysia Standard (MS) ISO 37122:2019 (Smart City Indicator) yang merupakan standard global dibangunkan oleh International Organisation for Standardization (ISO).

Terdapat empat peringkat program Penarafan Bandar Pintar Malaysia iaitu tahap pertama (Smart City Early Adopter), tahap kedua (Developing Smart City), tahap ketiga (Leading Smart City) dan tahap keempat (Visionary Smart City).

Penarafan dimulakan dengan tahap permulaan (entry level) bandar pintar iaitu ‘Tahap 1-Smart City Early Adopter’ secara sukarela (voluntary-basis) khususnya kepada PBT-PBT yang telah bersedia terhadap kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

KPKT menyasarkan sekurang-kurangnya kesemua 61 PBT bertaraf Majlis Perbandaran ke atas untuk mencapai status ‘Smart City Early Adopter’ pada tahun 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

PBT yang telah berjaya mendapat taraf bandar pintar (Smart City Early Adopter) akan diberi keutamaan peruntukan bagi pelaksanaan inisiatif bandar pintar.

Peruntukan ini akan membantu PBT yang terlibat untuk mencapai peningkatan tahap sehingga ke tahap tertinggi penarafan iaitu Tahap 4 – Visionary Smart City sebagai sebuah ‘full fledge smart city’.

Penarafan bandar pintar ini akan dilaksanakan secara tahunan untuk memberi peluang kepada semua PBT seluruh negara.

KPKT akan terus berperanan sebagai pemangkin kepada pelaksanaan bandar pintar dan berharap Penarafan Bandar Pintar yang mampu memacu Malaysia ke arah Ekonomi Digital dan Negara Pintar (Smart Nation) selaras dengan gagasan Ekonomi MADANI.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd