Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Mahu Bahagiakan Orang Lain, Selena Gomez Dalam Fasa Hidup Lebih Baik

Penyanyi Hollywood, Selena Gomez memberitahu hidupnya kini berada di fasa lebih baik selepas berehat daripada media sosial, drama dalam hubungan percintaan dan penyakit lupus yang dihidapinya sebelum ini.

 

Menerusi laporan Daily Mail, Selena berharap dapat berkongsi kegembiraan yang dimilikinya dengan orang lain.

“Apa yang saya buat sekarang adalah untuk membahagiakan orang lain,” katanya.

Dia juga berkata akan berehat seketika daripada dunia musik selepas melancarkan ‘satu lagi album’ yang mungkin menjadi album terakhirnya kerana mahu fokus aspek kerjayanya yang lain, selain untuk harga diri dan kegembiraannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya sukakan filem dan rancangan TV. Saya rasa banyak perkara lagi yang belum saya lakukan dalam bidang itu,” ujarnya.

Single terbarunya bertajuk ‘Love On’ adalah cerminan daripada kegembiraan dan rasa ingin tahu yang pernah dia lalui sebelum ini.

Selena berkata, lagu itu berkait dengan single sebelumnya, ‘Single Soon’ yang menceritakan tentang akhir sebuah perhubungan sedangkan ‘Love On’ pula tentang fasa awal percintaan.

“Kedua-dua lagu itu membawa mesej berbeza, tapi sudah tentu saya berada di antara lagu itu,” ujarnya.

Selena berharap ‘satu lagi album’ itu akan dilancarkan dalam tahun ini dan diterima baik oleh peminatnya nanti.

Sumber: Daily Mail, IG @selenagomez

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Sosial

Keikhlasan seorang jururawat menyuapkan makanan kepada pesakit warga emas berbangsa India yang tular di media sosial baru-baru ini membuktikan bahawa ihsan dan kemanusiaan mengatasi...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd