Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Lucinta Luna Menangis Dihina ‘Haters’, Netizen Beri Semangat-“Anak Lelaki Kena Kuat”

Selebriti Indonesia, Lucinta Luna yang juga merupakan seorang transgender meluahkan rasa sebak apabila sering mendapat hinaan serta kecaman yang hebat dalam kalangan netizen disebabkan kontroversi yang dilakukannya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Lucinta di laman TikToknya, dia menangis ketika sedang duduk di sebuah sofa kerana mengenangkan nasib yang dialaminya sambil dipujuk oleh tunangnya iaitu Arten atau lebih mesra disapa Alan dengan memberi beberapa nasihat.

@lucintaluna12

jujur kalo mo dibilang aku sangat stress dan merasakan hilang arah dengan hujatan demi hujatan kalian semua … mentalku semakin terganggu dan sangat depresi sekali. aku memang manusia biasa yang terlahir mungkin bagi kalian tak sempurna . tapi apakah anda bisa bergantian diposisiku?… sudahkan anda melaksanakan rakaat 5 waktu, bersedekah, berpuasa,berucap kalimat doa setiap melakukan kegiatan,membantu orang yang sedang kesusahan, berzakat … apa yang saya katakan tolong di introspeksi dulu sebelum menghina almarhum/ almarhumah orang tua saya 🥺 #lucintalunaberhakbahagia #lucintaluna #lucintalunamanjalita #fakebodyy⚠️ #fakesituation⚠️ #artemboltian #alanluna #couplegoals #barbieandken #alan #relationshipgoals #husbandwife #truelove

♬ original sound – Praise Hits

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jujur aku sangat stress dan hilang arah apabila membaca segala kritikan serta cacian anda semua. Mental aku semangat terganggu dan tertekan sekali.
“Aku memang manusia yang dilahirkan tidak sempurna, tapi korang pernah ada tak kat situasi aku? Korang dah laksanakan solat 5 waktu, bersedekah, berpuasa, berdoa, membantu orang susah, berzakat.
“Apa yang saya cakap ni cuba korang muhasabah diri dulu sebelum menghina arwah orang tua saya,” ujar Lucinta di ruang kapsyen.

Netizen pujuk, anak lelaki kena kuat

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memujuk Lucinta dengan mengatakan anak lelaki tidak sepatutnya menangis dan harus kuat mengharungi dugaan.

Kembali lah ke pangkal jalan!

Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen memberi nasihat kepada Lucinta atau nama sebenarnya Mohamad Fatah untuk kembali ke fitrahnya dan jalan yang benar sebelum meninggal dunia.

Sumber: TikTok @Lucinta Luna

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Sosial

Penulis muda yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di ASWARA, Naim AlKalantani menegur sikap segelintir warganet yang keterlaluan menekan Menteri Pendidikan, Fadhlina...

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa sebak apabila anaknya, Aisyah Sofia Rohaizan kini berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri selepas ditolak oleh rakannya. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd